Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, aku sering melawat ladang ladang rakan dan projek berskala besar dalam bidang pertanian ini. Tidak dinafikan wujud kegagalan dalam bidang pertanian yang diusahakan oleh individu dan syarikat.
Kegagalan ini berpunca dari pelbagai sebab dan faktor. Ada diantara rakan rakan usahawantani yang sudah kecewa dan meninggalkan projek pertanian mereka. Faktor seperti tertipu dengan pelbagai skim pertanian yang menarik menjadi ranking utama dalam penyebab kegagalan projek pertanian mereka. Pada peringkat awal, mereka dijanjikan dengan pelbagai ganjaran pulangan dan jaminan pembelian semula hasil pertanian pada masa depan namun ada kes dimana selepas menghampiri masa kutipan hasil, pembeli mula memberikan pelbagai alasan.
Nasihat aku kepada rakan rakan diluar sana, berhati –hati dan lengkapkan perancangan yang tepat sebelum menceburi bidang pertanian. Sekiranya kita gagal merancang, wang pelaburan dalam bidang ini akan hangus begitu sahaja. Seperti yang pernah aku tekankan dalam penulisan sebelum ini, setiap kos walaupun kecil nilainya perlu diambil kira dan pengiraan berdasarkan sistem perakaunan tidak efisien untuk projek pertanian kerana kita terpaksa bergantung kepada beberapa faktor luaran yang sukar dikawal. Cthnya keadaan cuaca dan turun naik harga pasaran bagi jenis jenis tanaman.
Pengalaman aku pada bulan januari yang lepas, aku sendiri mengalami kerugian modal sebanyak RM 2000 kerana tanaman Bendi yang di mulai pada penghujung bulan Disember tahun lalu rosak dan tidak dapat dituai langsung. Projek ini boleh la diklasifikasikan juga sebagai projek gagal @ sakit. Faktor dalaman dan luaran menjadipunca kepada kegagalan tanaman pada kali ini. Faktor dalaman seperti kurang tenaga kerja yang berkemahiran dalam bidang pertanian dan keadaan tapak tanaman yang tidak dipagari menyebabkan kebanyakan pokok bendi dimakan oleh ternakan lembu. Faktor luaran yang sukar dikawal adalah kerana keadaan panas yang melampau dan sumber bekalan air sungai yang kering.
Kegagalan memungut hasil pengeluaran dari tanaman ini telah menyebabkan aku terpaksa menanggung kos-kos lain sepanjang bulan Feb, Mac dan April.
Sesuatu projek tanaman yang dirancang gagal bermakna kita bukan sahaja menanggung kerugian kos modal tetapi terpaksa menanggung risiko peningkatan perbelanjaan pada bulan bulan mendatang.
Projek sakit juga berlaku kepada beberapa rakan usahawantani lain seperti projek ternakan keli seorang rakan di Rawang, projek tanaman jagung seorang lagi rakan di sini dan projek tanaman sayuran milik rakan di Pendang. Ada juga rakan yang tertipu dgn janji-janji pihak yang menawarkan pembelian semula hasil tanaman terutama mereka yang terlibat dengan tanaman serai.
Tetapkan perancangan yang efisien dan berkesan….Sekiranya yakin dan mampu, teruskan...Kurangkan penggunaan kimia secara berperingkat, lebihkan organan kerana kos lebih rendah.
Tuesday, March 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment