Korea Natural Farming (IMO)
Dalam pertanian secara organik, ia menitikberatkan peranan mikroorganisma tempatan dan baja baja dalam system perladangan. Mikroorganisma ini bole dibiakkan melalui berbagai kaedah dan antara kaedah yg popular digunakan sekarang ialah IMO.
Mikroorganisma tempatan (IMO) banyak digunakan dalam amalan pertanian organic. Minggu ini aku sempat untuk mengikuti kursus penyediaan IMO anjuran Jabatan Pertanian Negeri Kedah yang bertempat di Pusat komoditi Gajah Mati, kedah. Sepanjang kursus tersebut kami didedahkan dengan proses penyediaan IMO 1 sehingga IMO 4.
Kebaikan menyediakan sendiri sumber ini ialah dapat meningkatkan keuntungan melalui
• Pengurangan kos pengeluaran sehingga 30 peratus
• Menggunakan bahan input tempatan yang lebih murah dan mudah diperolehi.
• Meningkatkan pengeluaran hasil 4-6 kali ganda.
IMO juga menghasilkan produk yang selamat dimakan kerana
• Bahan-bahan input yang digunakan terdiri dari produk fermentasi dan ekstrak dari tumbuhan dan haiwan.
• Tidak menggunakan input kimia sintetik (baja,racun perosak, hormon)
NASI ---> IMO 1 ---> IMO 1+ GULA MERAH ---> IMO 2 ---> IMO 2 + DEDAK ---> IMO 3 ---> IMO 3 + AIR BERAS + TANAH ---> IMO 4
Bagi tanah bermasalah yang bertekstur lempung berat dan berpasir, penggunaan kompos sebanyak 100kg/1000m2 (0.1 Ha) adalah diperlukan sebagai baja tambahan disamping IMO.
Aktiviti ladang pada masa sekarang banyak tertumpu kepada penyediaan tapak untuk tanaman timun. Pada kali ini, aku mensasarkan tanaman timun seluas 1.3 hektar. keadaan hujan hampir setiap hari dan aku percaya harga pasaran sayuran akan kembali meningkat sedikit masa lagi dibantu dengan faktor perayaan pesta songkran di Thailand .
Sayuran sawi , bayam dan kangkung sudah mulai di kutip cuma bagi sawi park choy dan kailan sebanyak 18 batas telah rosak. ini berkemungkinan keranan benih yang terlalu lama digunakan pada masa memulakan tanaman bulan lepas. seingat aku, benih tersebut disimpan dari tahun 2008 lagi.
Saturday, April 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment