Sejak menceburi pertanian ini, aku melihat dengan jelas banyak peluang yang wujud dalam pelbagai cabang di bawah bidang ini. Setiap peluang yang wujud sentiasa terbuka dan terdapat juga peluang-peluang baru yang mampu dicipta bagi memenuhi permintaan pasaran. Keberanian dan keyakinan diiringi dengan perancangan sahaja membolehkan kita berjaya dalam bidang ini.
Dalam bidang pertanian, kita seharusnya tidak tamak dan bersedia untuk berkongsi peluang yang ada kerana melalui jalinan yang diwujudkan kita bakal menerima banyak lagi peluang baru. Antara tambahan cabang daripada bidang pertanian yang sedang aku ceburi sekarang adalah pembekalan vitamin atau foliar untuk pesawah padi.
Apabila terlibat secara langsung, kita juga boleh mempelbagaikan aktiviti bukan hanya tertumpu kepada tanaman , kita juga boleh menceburi bidang ternakan. Ini boleh dijadikan sebagai projek sampingan di samping aktiviti utama. Aku begitu berminat dengan ternakan lembu pedaging. Bulan lepas, aku sudah mendaftarkan diri untuk menghadiri kursus penternakan lembu pedaging anjuran JPV.
Kita perlu mencari peluang yang cerah dengan lebih mudah melalui mewujudkan penawaran sesuatu barangan yang kurang di pasaran atau menawarkan sesuatu barangan sedia ada dalam bentuk baru. Seorang rakan aku di KL ingin memperkenalkan seorang rakan beliau kepada aku kerana kami berada dalam bidang yang sama iaitu pertanian. Apa yang menarik ialah, rakannya itu seorang yang berani menanggung risiko kerana melabur dalam aktiviti import export sayuran. Beliau membawa masuk sayuran import dari Negara China ke pasaran Malaysia. Insyaallah, jika berkesempatan nanti aku akan menziarahi beliau.
Saturday, March 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment