Thursday, March 11, 2010

Foliar

Sudah 2 bulan foliar yang dihasilkan sendiri diperam. Aku yakin foliar yang akan dihasilkan ini dapat memberi manfaat kepada tanaman sayuran diladang ini pada masa akan datang. Seperti yang dipelajari, ada beberapa manfaat hasil menggunakan foliar kepada tumbuhan.

Kebaikan Foliar adalah :

Membekalkan zat makanan
Membaiki struktur tanah
Menggalakkan pertumbuhan akar tanama
Memperbaiki pengudaraan
Membantu menyimpan air.
Mengikat nitrogen daripada atmosfera
Mempercepatkan pereputan bahan organik
Dapat mengekang patogen bawaan tanah
Mikrob hasilkan hormons dan enzyms yang menggalakkan pertunasan dan pembesaran pokok serta penghasilan dan keranuman buah
Menjadikan nutrien lebih mudah diserap oleh akar


P Ca Tulang N (0.6%) P2O5 (0.2%) K (0.02%) + te
Ca P Kulit telur N (0.2%) P2O5 (0.04%) K (0.02%) + te
FAA Ikan N (14.2%) P2O5 (1.0%) K (0.70%) + te


Yang menimbulkan masalah sekarang ialah, bagaimana untuk meningkatkan nutrien K dalam campuran baja ini? nampaknya aku perlu untuk mengikuti kursus penghasilan baja ini pada masa akan datang.

Berdasarkan maklumat dan kajian secara pemerhatian, kami telah mengenalpasti beberapa perkembangan positif terhadap tumbuhan padi hasil daripada penggunaan foliar ini dimana ia mampu mengalakkan pertunasan, pembesaran, dan meningkatkan hasil pertanian. Foliar ini juga telah dibekalkan kepada penanam padi di kawasan sekitar.


Aktiviti ladang pula, batas-batas tanaman sudah siap dan kawasan seluas 1 hektar aku peruntukkan kepada tanaman sayuran berdaun. rancangan aku adalah hit pengeluaran bulan april nanti pada harga yang tinggi. Aku menjangkakan harga sayuran berdaun di kawasan ini akan akibat daripada perayaan di thailand dimana aktiviti pertanian dijangka berhenti seketika.

Pada masa sekarang juga, seorang pekerja Indonesia telah sampai dan mula bekerja dan sepatutnya mereka 2 orang. Seorang lagi pekerja dijangka masuk ke Malaysia pada bulan hadapan. Minggu ini juga, benih sawi, kailan dan pakchoy telah mula ditabur. Aku menjarakkan tempoh tanaman bayam dan kangkung bagi mencapai sasaran pengeluaran pada masa yang sama. dalam keadaan cuaca yang panas sebegini, penyiraman terpaksa dilakukan 2 ke 3 kali sehari.

2 comments:

Anonymous said...

knape semua entry awk ni xleh dibaca..salah setting ke ape

zerocredit said...

cuba gunakan firefox or selain IE..