Perancangan strategik dalam aktiviti pertanian perlu seiring dengan maklumat pasaran. Usahawantani perlu memahami pasaran mereka, khususnya potensi pasaran di dalam kawasan pemasaran hasl pertanian mereka. Maklumat pasaran penting jika kita ingin meramal harga dan tahap permintaan di sesuatu kawasan. Antara maklumat asas yang perlu kita ketahui ialah harga ladang, harga borong dan harga runcit.
Namun begitu, pengetahuan dan maklumat lengkap berkaitan penggunaan per kapita, penggunaan institusi, penggunaan kilang, keluasan kawasan pertanian, jumlah pengeluaran, kemasukan hasil pertanian ke pasar-pasar borong utama dan data perdagangan luar perlu sekiranya kita merancang untuk mengawal pasaran kita.
Pada bulan Januari dan awal bulan Febuari ini, aku cuba mengumpul seberapa banyak maklumat berkaitan pemborongan sayur sayuran di pasar Borong Selangor dan Pasar Petang jalan Raja Alang. Apa yang aku lihat, kebanyakan pemborong di Lembah klang ini bukan sahaja memfokuskan kepada aktiviti pemborongan semata-mata. Mereka mengawal keseluruhan proses daripada mempunyai ladang yang mengeluarkan hasil sayuran – memungut dan mengumpul hasil ladang – menjalankan perniagaan pemborongan hasil pertanian sehingga kepada aktiviti penjualan runcit. Ini yang dinamakan Mengawal Pasaran. Well done!!!
Namun di sebelah utara ini, jarang kita lihat usahawantani mampu melakukan seperti itu, mungkin faktor keluasan pasaran yang menghadkan aktiviti pemborongan dan peruncitan tetapi banyak memfokuskan kepada aktiviti pengeluaran. Kebanyakan pemborong di kawasan utara ini hanya bertindak sebagai orang tengah yang mengagihkan hasil pertanian kepada peruncit.
Pasar Koperasi Kodiang
Oleh kerana kita usahawantani di sebelah utara ini banyak bergantung kepada Pemborong sebagai pihak yang mengedarkan hasil ladang kita, maka kita terdedah kepada risiko pasaran yang diwujudkan.
Koperasi Kodiang telah mengubahsuai Pasar Sehari dan memperbesarkan lot-lot perniagaan mentah basah dan kering. Aku juga ada memohon untuk mendapatkan tapak perniagaan di sini dan aku merancang untuk menjalankan perniagaan sayuran secara borong dan runcit dan beroperasi selama 24 jam. Namun semuanya masih bergantung kepada kelulusan tapak daripada pihak koperasi kodiang nanti.
Dalam minggu ini juga aku telah berusaha mengenalpasti beberapa pengeluar buah buahan di kawasan sekitar. Perancangan aku untuk mula menceburi bidang pemborongan hasil pertanian tempatan tetapi jalannya masih samar2.
Sunday, February 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment