Friday, November 20, 2009

Harga Maksimum

Harga Maksimum

Siapakah yang sebenarnya mengawal harga sesuatu jenis sayuran? Adakah golongan usahawantani, peladang dan penanam yang menentukan? Jawapan yang mudah untuk diterima adalah Pemborong sayur. Mereka yang bertanggungjawab menentukan harga sayuran di pasaran bergantung kepada jumlah stok di dalam simpanan mereka.

Golongan pemborong mempunyai jaringan pemasaran secara terus kepada samada peniaga lain atau isirumah. Sekiranya bekalan yang mereka ada melebihi jumlah pelanggan, maka secara automatic harga sayuran tersebut akan menurun dan sebaliknya.

Pada masa sekarang, kebanyakan harga sayuran berada pada paras maksimum kecuali bagi cili merah . harga cili masih lagi stabil dan tidak menunjukan tanda tanda peningkatan yang mungkin berlaku.


Ada beberapa factor yang aku percaya menjadikan harga beberapa jenis sayuran kini meningkat dengan tingi.

1. Kekurangan bekalan daripada ladang akibat daripada pengurangan jumlah hasil.
2. Keadaan cuaca yang tidak menentu di mana kalau di kawasan utara ini. Hujan yang banyak dan tidak teratur menyebabkan pokok rosak dan pengeluaran juga berkurangan.
3. penurunan harga sayuran pada bulan ramadhan yang lepas menyebabkan bidang ini kurang di beri perhatian.


Harga bagi Kacang bendi meningkat sehingga RM 4 per kg pada harga ladang dan menigkat sehingga RM 6 pada harga borong. Manakala bagi timun pula, harga ladang meningkat sehingga RM 1.80 per kg pada harga ladang. Contoh kedua dua jenis sayuran ini jelas menunjukkan harga sayuran yg berada pada paras maksimum. Kenapa aku berani dan berkeyakinan yang harga bagi kedua jenis sayuran ini adalah yang paling tinggi ? ini kerana sekiranya harga bagi kedua jenis sayuran ini terus meningkat, maka pengguna akan menukar kepada barang ganti yang lain. Mereka akan memilih untuk tidak membeli sayuran sayuran ini dan mungkin memilih makanan lain sebagai ganti.


Selain daripada faktor cuaca, pengurangan jumlah sayuran import yang dibawa masuk juga semakin berkurang yang berpunca daripada pengurangan hasil pengeluaran dari Negara terbabit. Ini bermakna, apabila kita ingin memastikan setiaasa hasil pengeluaran ladang kita di keluarkan pada masa harga maksimum, kita bole merancang ia berdasarkan beberapa kaedah terutama apa yang berlaku dalam kawasan terbabit.

No comments: