Tuesday, November 10, 2009

Pemborongan

Pemborongan


Pemborongan dan pengedaran merupakan satu pasaran penting dalam kitaran pertanian. Usahawantani bumiputera perlu melihat dengan jelas setiap peluang yang wujud dalam bidang pemborongan ini. Amat perlu untuk kita merebut peluang perniagaan dalam sektor yang berpotensi ini di samping menyokong dan bekerjasama sesame usahawantani lain dalam bidang peruncitan.


strategi perniagaan termasuk kemahiran kewangan dan kemajuan pembangunan perniagaan perlu dititikberatkan apabila kita menceburi bidang ini. Rangkaian pemasaran yang lengkap dan disokong dengan bekalan yang mencukupi amat diperlukan terutama apabila kita berhadapan dengan keperluan permintaan yang sentiasa wujud.


Aku mula berminat untuk menceburi bidang ini apabila mula berurusan dengan beberapa pemborong sayuran di sini. Aku percaya dengan jaringan kenalan dan kemudahan mendapatkan bekalan dari pelbagai ladang sekitar, aku mampu mengembangkan perniagaan ini. Dan pada masa sekarang juga, aku juga mula berjinak-jinak mempelajari selok belok perniagaan ini dimana , beberapa usahawantani di sekitar ini menaruhkan kepercayaan kepada aku untuk memasarkan hasil pertanian mereka.


Apa yang paling penting untuk aku kongsikan adalah perancangan. Dalam bidang pemborongan sayuran ini, perancangan yang tepat dapat meminimakan kos dan memaksimakan keuntungan. Perancangan unutk membuka pusat pemborongan sayuran sendiri pernah aku utarakan beberapa bulan yang lalu cuma aku sendiri akui aku belum bersedia pada masa tersebut memandangkan keadaan dan pengurusan ladang yang belum stabil.


Namun segalanya masih dalam peringkat awal di mana, dalam perancangan aku, aku perlu untuk melakukan beberapa survey di pasar borong beberapa negeri dan perlu juga untuk mendapatkan kerjasama dari beberapa rakan tani lain di setiap negeri. Pelan terbaik bagi menjalankan operasi harian, ladang kontrak bagi mendapatkan perolehan bekalan, penyediaan beberapa keperluan peralatan dan kemudahan serta yang paling utama adalah pelan pengurusan. Jadi aku perlu pulang ke Serdang, Selangor dalam masa beberapa bulan lagi bagi merancang dengan lebih tepat.

No comments: