Thursday, September 10, 2009

SALM - terkini

SALM

minggu ini 2 pegawai dari jabatan pertanian alor setar bahagian audit telah datang membuat lawatan dan audit bagi kelulusan sijil salm yang aku pohon tahun lepas. Walaupun proses mendapatkan taraf amalan ladang baik begitu ketat, ladang sayuran aku telah berjaya lulus pada tahap 1.

Kini ada beberapa peringkat lagi yang perlu lulus untuk mendapatkan taraf sijil berikut.

Walaupun kurang pendedahan dan bimbingan untuk mengaplikasikan segala amalan ladang yg diwajibkan, aku berpuashati dengan keadaan ladang sekarang. Mungkin ada sedikit kekurangan yang dikesan semasa proses audit ladang pada peringkat kedua ini. Masalah kekurangan pekerja sekarang dan dengan bebanan kerja yang bertambah setiap hari di kedua dua ladang tambahan pula keadaan cuaca yang hujan sepanjang bulan ini, menjadikan keadaan dan kebersihan terutama di dalam stor dan kawasan agak kotor dan tak teratur.

Pada peringkat pertama dulu, ujian kesesuaian tanah, susunatur ladang, sumber air dan sistem perparitan, ladang sayur ini berjaya memperolehi markah yang cemerlang. Harapan aku, peringkat kedua ini juga memberikan keputusan yang sama dan melayakkan untuk ke peringkat seterusnya.

Cadangan aku, seharusnya pegawai pertanian peringkat daerah memainkan peranan penting sebagai guider kepada usahawan tani dalam proses mendapatkan status salm. Kepentingan sijil salm ini amat tinggi bagi sesebuah ladang sayuran terutama kepada kita usahawantani belia dalam merancang pemasaran secara global pada masa akan datang.

antara fungsi sijil salm ini juga adalah bagi membantu melayakkan hasil pertanian kita dipasarkan di pasaran luar negara. Cuba kita bayangkan, dengan adanya bar code bagi setiap hasil ladang kita nanti, kita mampu mengesan sayuran di pasaran dan sekiranya timbul permasalahan ke atas hasil pertanian itu, kita tahu dari mana ianya dikeluarkan. Bukankah ini bagus kepada setiap pengguna terutama dari segi keselamatan dan kualiti makanan.

Sewajarnya pihak kementerian mewajibkan kepada setiap pengusaha ladang tanaman memiliki sijil salm ini bagi menjamin kualiti dan keselamatan hasil makan yang dikeluarkan.

No comments: