Selamat menyambut kemerdekaan.
Esok, sekali lagi kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan iaitu pada kali ke 52. Pada kali ini sambutan kemerdekaan disambut dalam bulan Ramadhan dan erti kemerdekaan ini wajar disyukuri dengan kesabaran.
pada hari ini, kita usahawantani tidak mempunyai peluang dalam menentukan nilai dan harga hasil ladang kita, sebaliknya hasil pertanian kita ditentukan oleh pihak ketiga. siapakah pihak ketiga ini yang mempunyai kuasa dan peranan yang sebegitu kuat? Bagaimana mereka mampu mempunyai pengaruh sebegitu kuat sedangkan mereka tidak punyai hasil ladang sendiri? Bolehkah dan adakah mereka-mereka ini meletakkan sesuatu harga akan menjaga kepentingan usahawantai. Adakah mereka ini benar faham perbelanjaan dan kos yang terpaksa kita tanggung dalam mengeluarkan 1kg hasil tanaman?
hujan
bermula 1 ramadan yang lepas, keadaan cuaca di sini tidak menentu. Hujan hampir setisap hari samada pagi, petang atau malam.
Pokok cili mula mengeluarkan hasil dgn banyak. Mungkin dah masuk peringkat ke 2 hasil pokok cili dimana purata kutipan sekarang di antara 90 kg ke 100 kg . Aku percaya, kutipan ini akan semakin bertambah sekepas ini
pokok bendi yang sudah separas lutut juga diyakini akan memberikan hasil yg lumayan.walaupun kurang penjagaan terutama dari segi kawalan penyakit dan pembajaan.
Harga pasaran bagi cili pula masih kekal pada rm 7 pe kg dan terung rm 1.4 per kg. Pada bulan ini, harga borong bagi bendi sangat rendah iaitu rm 1.8 per kg dan seperti tahun lepas. Aku harap peningkatan yang ketara akan berlaku terutama selepas sambutan aidilfitri nanti. Kalau ikut trend pasaran pada tahun lepas, permintaan bendi akan meningkat apabila awal kemasukan musim panas. Pada tahun 2008, permintaan yang tinggi daripada pengguna meningkatkan harga kacang bendi sehingga rm 4 per kg, harap tahun ini juga seperti itu.
Sunday, August 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment