Sunday, September 20, 2009

Selamat Menyambut Aidil Fitri

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir & Batin kepada semua umat Islam amnya dan Kepada Warga Facebook khususnya.

Ambillah peluang terbaik pada kesempatan hari yang mulia ini untuk merapatkan ukhuwah dan silaturrahim sesama kita melalui ziarah-menziarahi dan bermaaf-maafan.

Kepada anggota keselamatan iaitu Pihak Polis dan Tentera, saya merakamkan berbanyak-banyak terima kasih di atas pengorbanan mereka bertugas pada Hari Raya ini.

Berhati-hati di jalan raya dan saya berdoa agar kita terselamat daripada kecelakaan di jalan raya.

Ketika kita sedang bergembira bersama keluarga di Hari Raya ini, janganlah kita lupa kepada mereka yang kurang berkemampuan. Marilah kita memperbaharui semangat untuk meningkatkan lagi kerja dan amal kita dalam meningkatkan ibadah. Hulurkan bantuan dan ringankan bebanan mereka.

Sekian, Terima Kasih.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir & Batin.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ






Ladang Cili.

Alhamdulillah, kutipan cili semakin meningkat dari sehari ke sehari. Pada masa sekarang, kutipan dibuat selang 1 hari dan purata kutipan diantara 150kg ke 200kg. Minggu ini genap 3 bulan kutipan cili ini. Berdasarkan keadaan pokok cili sekarang, aku menjangkakan kutipan masih boleh boleh dibuat untuk 3 bulan lagi. Sehingga kini sudah lebih 2000kg telah dituai.

Minggu ini juga, aku bercadang untuk menyembur racun kulat dan serangga selepas hampir 1 bulan tidak meracun. Keadaan hujan lebat seharian semasa bulan Ramadhan yang lepas, menyebabkan aktiviti penyemburan racun perosak tidak dapat dilakukan. Alhamdulillah, masih banyak bunga-bunga dan putik baru yang masih keluar.

Pokok terung yang masih mengeluarkan hasil juga sudah lama tidak dirawat. ada juga beberapa pokok yang berpenyakit tetapi aku merasakan tidak berbaloi untuk mengeluarkan kos perbelanjaan bagi merawat pokok-pokok terung ini. Sudah hampir 5 bulan hasil terung dikutip dan aku percaya sekiranya pokok-pokok ini dijaga dengan sempurna dari awal, pokok-pokok terung ini mampu mengeluarkan hasil sehingga 1 thn. Kini aku setuju dengan pandangan daripada Pegawai Pertanian ( Alor Setar ) yang melawat baru baru ini. Pokok terung mampu menjana hasil pengeluaran sehingga 2 thn sekiranya dijaga dengan baik.

Tetapi dengan keadaan ladang sekarang dan jumlah pokok yang cuma 900 pokok, aku berpendapat tidak perlu kerana tanaman terung ini cuma untuk proses pembelajaran bagi aku. Sehingga kini hasl terung telah dikutip sebanyak 3850kg.


Tanaman bendi juga telah melepasi 40 hari usianya. kurang 10 hari, hasil tanaman bendi boleh dituai. Pada tanaman kali ini, memang kurang penjagaan kerana tenaga kerja tidak cukup. sehingga kini, walaupun sudah berumur 40 hari tapi belum pernah membaja cuma 1 kali semburan racun kulat dan perosak. Pada minggu ini juga, aku merancang untuk membaja. Mungkin aku terus menggunakan baja 12 12 17 kerana keadaan pokok begitu sihat cuma keadaan beberapa pokok saja yang daunnya mengguning. Confirm tak cukup N.

No comments: