Pada penulisan lepas (baca di sini) aku pernah memberi pandangan mengenai kesan langsung usahawan di Malaysia untuk bersaing dalam pasaran di bawah perjanjian AFTA. Cabaran melalui kemasukan pelaburan asing mampu memberi keupayaan dan daya saing usahawan tempatan dengan peniaga asing. Melalui Liberalisasi ini juga usahawan tempatan diberi peluang untuk mengeksport produk dan perkhidmatan ke Negara luar. Persoalannya…Sudahkan kita bersedia?
Kekuatan sebenar usahawan melayu akan teruji kerana perkongsian pasaran secara terbuka dan tanpa perlindungan atau jaminan disebalik label “BUMIPUTERA” dan "30%". Mungkin di kalangan rakan-rakan, tidak bersetuju dengan pendapat dan pandangan saya kali ini. (Maaf dan jangan kecewa sekiranya pandangan kita berbeza)
Keagungan peniaga melayu terbukti sejak zaman pemerintahan Melaka dimana pada masa itu perdagangan seperti bijih dan lada hitam merupakan eksport penting yang dikuasai oleh golongan peniaga melayu sehingga lah aktiviti ini diambilalih oleh Inggeris. Bukankah pada masa tersebut dasar liberalisasi ini telah berlaku dan sejak zaman kerajaan Langkasuka dan Srivijaya dulu, peniaga melayu telah terdedah kepada kemasukan pesaing dari luar. Tiada bezanya dengan apa yang berlaku sekarang dan pengumuman liberalisasi dalam beberapa sektor baru-baru ini sepatutnya tidak mencetuskan kejutan kepada usahawan atau pun peniaga Melayu.Sejarah membuktikan dan kita harus menjadikan ianya sebagai panduan iaitu dimana kealpaan dan ketamakkan peniaga melayu terdahulu tidak lagi berulang.
Cabaran
Betul, pada zaman sekarang teknologi menguasai segalanya dan aku sendiri tidak bersetuju sekiranya dasar ini dibuka luas sehingga ke sektor pertanian kerana aku kurang yakin dengan kemampuan terutamanya usahawantani atau petani konvesional di daerah-daerah terpencil di luar bandar. Dengan hak pelaburan langsung dalam beberapa sektor, sudah pasti syarikat antarabangsa milik asing berpeluang untuk mengambil alih perniagaan berkepentingan di negara kita. Dengan kemampuan teknologi dan penghasilan produk tani bermutu, menyukarkan produk Malaysia untuk bersaing dan yang pasti tidak wujud kemungkinan untuk petani Malaysia mengeksport ke pasaran antarabangsa. Contoh yang jelas ialah Beras. Ini lah cabaran bagi kita usahawantani dalam menyasarkan utk bersaing dengan menyediakan produk yg terbaik pada harga yg berdaya saing dalam persaingan global. Kita perlu menyediakan dan mengekalkan standard yg tinggi dan sentiasa berusaha mencapai prestasi ulung dalam kesemua kerja.
Ladang Cili
Semua anak semaian cili Merah jenis kulai (568) telah siap di pindahkan ke tapak ladang baru seluas 3.5 ekar. Di ladang ini, aku menggunakan sistem perpaipan jenis titis(T-Tape). Walaupun aktiviti memindahkan anak semaian cili agak perlahan kerana pekerja yang malas, Alhamdulillah ianya sempurna disiapkan dalam masa 1 minggu. Setelah menguji sistem pengairan dan saliran perparitan, aku amat berpuashati dan perancangan kerja untuk ladang baru ini bakal memasuki fasa kedua iaitu penjagaan dan perawatan.
Sadao, Thailand
2 hari yang lepas, aku bersama seorang rakan (easynet dari forum Bicarajutawan)pergi ke Sadao, Thailand bagi mencari agen pekerja asing warga thai. Walaupun perjalanan kami tanpa perancangan dan tanpa ditemani kenalan dari Thailand, alhamdulillah kami berjaya bertemu dengan seorang agen di sebuah perkampungan Islam di pinggir bandar Sadao. Dengan kemahiran berbahasa Thai yang dipelajari selama 4 bulan (sejak mengajikan pekerja Thai), kami mampu berkomunikasi dengan baik dan mencapai tujuan. Penulisan akan datang aku akan cuba berkongsi pengalaman mengenai pekerja ladang yang merangkumi keluasan vs tenaga kerja, keperluan vs bidang kerja, hak majikan vs hak pekerja dan beberapa perkara lagi yang dirasakan penting dalam menguruskan sesebuah ladang tanaman.
"Happy labour Day"
Thursday, April 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment