"12 April (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bercadang mewujudkan insurans bagi ternakan dan tanaman untuk membantu pengusaha yang kerugian akibat hasil keluaran musnah dalam kejadian banjir atau wabak penyakit"
Alhamdulillah, langkah awal Datuk Noh Omar dalam memulakan tugasnya harus di sambut baik dan disokong oleh usahawantani di semua peringkat. Walaupun cadangan ini pernah dibahaskan dalam Rang Undang-undang Insurans (Pindaan) 2005 pada Jun 2008 yang lalu, namun tiada langkah drastik yang diambil. Kerajaan wajar memperkenalkan satu skim insurans untuk petani, penternak dan nelayan sebagai pemangkin kepada hala tuju dan reformasi sektor pertanian di negara ini.
Timun / Kacang bendi / Kacang Panjang
Alhamdulillah, tanaman timun pada kali ini sangat baik. Benih terbaik yang digunakan memberi pertumbuhan tanaman yang kuat dan bercabang banyak. Pokok timun ini juga tahan terhadap serangan downy mildew. Cuma masalah yang berlaku kerana pekerja aku lembap sikit dalam penjagaan timun nie semasa proses pembesaran timun tersebut. Namun aku masih memerhatikan dari segi kuantiti dan aku mensasarkan sehingga 50 kali kutipan untuk penanamankali ini. Perancangan aku pada bulan hadapan ialah penamanan sebanyak 2000 pokok timun dengan kaedah tanaman berjunjung jaring melalui sistem titisan.
Aku amat berpuas hati dengan tanaman kacang bendi pada kali ini. Bermula drpd beberapa proses baru semasa semaian sehingga kepada penjagaan mengikut turutan yang efisen, tanaman bendi aku mula mengeluarkan hasil pada umur 45 hari dimana perbezaan ketara selama 10 hari daripada tanaman sebelum ini. Tanaman pada kali ini seluas 5 ekar dan insyaallah aku menjangkakan pengeluaran sebanyak 500kg setiap hari. sedikit kekecewaan apabila pengeluaran pada kali ini berada pada paras harga yg sedikit rendah iaitu RM 2.50 Per kg namun aku masih merangka beberapa strategi harga dengan harapan aku dpt memasarkan kacang bendi pada harga RM 3.00 per kg. Penurunan harga berkemungkinan dari faktor cuaca yang hujan selama 15 hari pertama berturut-turut bulan Mac dan April ini.
Kualiti pokok yang terbaik pernah dihasilkan dengan cabang yg banyak walaupun terdapat beberapa serangan whitefly dan ulat ratus. Masalah ini berkemungkinan berpunca daripada amalan kawalan perosak yang tidak efisien. Penyelesaiannya, aku menggunakan pam racun berkuasa tinggi dengan sistem perpaipan serentak. Harapan aku, agar semburan racun perosak dapat dilakukan dalam masa 1 hari bagi keluasan 7 ekar ini.
Tanaman Kacang panjang yang diserang dengan ulat pengorek buah membuatkan aku sikit fed up untuk mengawal dengan racun perosak. Tanaman k.pjg yg byk mengeluarkan bunga tetapi bunga tersebut jatuh ke tanah berpunca daripada hujan lebat. Pengeluaran k.pjg juga tidak mengalakkan dan aku akan meletakkan tempoh sehingga 15 hari lagi bagi memerhatikan keadaan ini samada menjaga atau mengantikan dengan tanaman lain. secara jujur aku tidak pasti serangan ulat pengorek ini berpunca drpd tanaman sebelum ini atau tidak. Untuk pengetahuan rakan-rakan, Tapak dan junjung yang digunakan adalah bekas tapak tanaman Timun. banyak juga pokok yang rebah menyembah bumi kerana hujan lebat beberapa hari lalu. Faktor utama kerana junjung yg diperbuat drpd kayu anak pokok getah tu dah reput.
Sedikit perkongsian disini, Jungjung tanaman daripada buluh adalah terbaik berbanding kayu lain terutama dari segi tempoh masa dan ketahanannya.
Cili / Terung
Sebanyak 6000 anak pokok cili dan 2000 anak pokok terung panjang masih didalam tapak semaian dan baru berusia 21 hari. Minggu ini aku merancang untuk memindahkan anak pokok terung ke tapak tanaman dan inysaallah, dalam masa kurang 10 hari ini , kesemua anak semaian cili akan dipindahkan ke tapak ladang baru seluas 3.5 ekar. Aku menggunakan benih cili 568 pada tanaman kali ini.
FAMA
Beberapa hari lepas, ladang aku dikunjungi oleh pegawai daripada FAMA Alor Setar. terima kasih atas kunjungan tersebut. cadangan daripada pihak FAMA agar aku menyertai ladang kontrak dengan FAMA akan aku pertimbangkan sebaik mungkin. Banyak faedah dan insiatif yang disediakan terutama dari segi Latihan dan Pemasaran. Aku berminat untuk membuka pusat pengumpulan sayuran sendiri dikawasan ini dan pihak FAMA boleh menawarkan sebuah kedai di Gurun, Kedah. (alamak....jauh la pula... Insyaallah, aku akan berbincang semula dengan pihak FAMA Alor Setar mengenai perancangan ini dengan lebih lanjut.
Monday, April 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment