Monday, November 10, 2008

Deflation

Peningkatan kadar pengangguran yang tidak dapat dikawal, aktiviti pemberhentian pekerja melalui pelbagai skim dan penutupan operasi perusahaan menunjukkan keadaan ekonomi Negara bukan lah dalam keadaan yang baik. Kebanyakan antara kita tidak mempunyai pengetahuan yg cukup keadaan ekonomi sebenar bukan kerana kita tidak faham tetapi kerana kita tidak mahu memahami apa itu ekonomi.Ekonomi secara asasnya adalah portrayed as a graf, jangkaan dan sedikit pengajian berkaitan angka.


Sikap mengambil mudah dan membiarkan penentuan takdir menyebabkan kita terperangkap dalam keadaan selesa yang diwujudkan oleh diri kita sendiri. Dalam keadaan ekonomi sekarang, usahawantani perlu berani menggerakkan tunai ke dalam pasaran melalui penambahan modal samada melalui pembukaan ladang baru atau meluaskan ladang sedia ada.

Usahawantani juga perlu bijak merebut peluang dalam kegawatan ekonomi melalui pinjaman perniagaan dimana kadar faedah adalah lebih rendah berbanding sebelumnya. Ini la yang dikatakan hubungkaitnya ekonomi dan kesannya kepada kehidupan kita. Perubahan kadar faedah, kadar pengangguran dan indeks harga pengguna mungkin susah untuk difahami oleh sesetengah orang. Contohnya, kadar faedah yang rendah akan memberi kesan kenaikan nilai isirumah dan kenaikan kadar faedah akan menyebabkan inflasi dan sekiranya kadar inflasi ini tidak terkawal, deflasi bakal berlaku.

No comments: