Secara Keseluruhan, harga pasaran bagi sayuran berdaun dan sayuran berbuah di kawasan pasaran kini banyak bergantung kepada hukum ekonomi dimana pengeluaran berkait rapat dengan faktor cuaca. Kekurangan pengeluaran menyebabkan kenaikan harga bagi sayur-sayuran dan lambakan sayuran menyebabkan penurunan harga bagi sayuran terbabit.
Faktor kenaikan harga.
Kemungkinan beberapa faktor berikut menjadi punca kepada kenaikan harga sayuran.
1. keadaan cuaca yang tidak menentu dan hujan yang berlarutan.
2. permintaan yang tinggi daripada negara jiran iaitu Singapore bagi sayuran eksport menyebabkan kekurangan untuk bekalan tempatan.
3. Kekurangan tenaga kerja asing bagi sektor perladangan menyebabkan pengeluaran sayuran dari ladang berkurang.
4. Faktor kenaikan harga minyak beberapa bulan lepas menyebabkan ramai usahawantani yang menutup operasi ladang mereka.
5. Permintaan yang mendadak terutama musim cuti sekolah dan musim perayaan.
Faktor penurunan harga
Kemungkinan beberapa faktor berikut menjadi punca kepada penurunan harga sayuran.
1. Pengeluaran sayuran yang tidak dikawal sehingga berlakunya lambakan.
2. Pemberian insentif tanaman oleh Kementerian Pertanian dan industri asas tani menyebabkan pengusaha menambah pengeluaran mereka.
3. Import sayuran daripada negara jiran terutama dari Thailand dan indonesia yang berlambak dipasaran walaupun mendatangkan kesan negatif pada masa akan datang.
4. Kempen bumi hijau yang menggalakkan penduduk menanam sendiri sayuran untuk keperluan isi rumah.
5. Penurunan kualiti tanaman akibat daripada pengurangan penggunaan racun tanaman dan baja kerana faktor penjimatan kos.
Harga Sayuran
Purata harga sayuran yang dikeluarkan oleh ladang sayuran aku adalah seperti berikut
Sawi Putih RM 1.50 per kg
Bayam RM 1.50 per kg
Kangkung RM 1.20 per kg
Kailan RM 2.00 per kg
Kacang Panjang RM 2.00 per kg
Kacang Bendi RM 3.00 per kg
Kacang Buncis RM 3.50 per kg
Timun RM 1.20 per kg
Cili RM 3.00 per kg
Thursday, October 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment