Thursday, November 20, 2008

PESTICIDE / RACUN / INSECTICIDE

"MEMASTIKAN RACUN MAKHLUK PEROSAK DIURUS SECARA BERKESAN SELARI DENGAN KEHENDAK PEMBANGUNAN LESTARI DENGAN MENGAMBIL KIRA ASPEK KESELAMATAN KEPADA MANUSIA DAN KESEJAHTERAAN ALAM SEKITAR" - AKTA RACUN MAKHLUK PEROSAK 1974(PINDAAN 2004)



Setiap racun makhluk perosak mesti mempunyai :

a) Nombor Pendaftaran (LRMP)
b) arahan untuk penggunaan,
c) kelas dan warna tahap kebisaan,
hitam (Ia), merah (Ib), kuning (II), biru (III) dan putih (IV),
d) langkah-langkah yang perlu diambil jika keracunan berlaku,
e) amaran,
f) cara pelupusan dan lain-lain.



Sukatan Kadar Racun:

Berlebihan
- Sisabaki tinggi
- Kos Racun meningkat
- Perosak menjadi Resistant

Kekurangan
- Kwalan tidak berkesan
- Membazir tenaga dan kos
- Penggunaan berulang dan kos upah meningkat



Perkara asas yang perlu di ambilkira :

- Racun perosak berkualiti
- Sasaran yang betul
- Racun perosak yang betul
- Kadar / Dos yang betul
- Alat penyembur yang betul
- Masa penggunaan / semburan yang betul
- Liputan semburan yang maksimum
- Penggunaan yang selamat



Serangga Perosak:

- Pengetahuan tentang biologi, habitat dan tabiat perosak penting
- Peringkat larva sasaran utama. Biasanya racun perosak tidak berkesan ke atas telur dan kepompong (KECUALI ovicide spt methoprene - Biopren Ant Colony Eliminator, chlorfenapyr - Kotetsu, tebufenozide - Mimic dll)
- Sukar jika larva telah jadi pengorek (tidak terdedah kepada racun) perlu guna jenis sistemik



Penyakit:

- Boleh diasaskan kepada tindakan pelindung (protectant), pemulih/penghapus (curative/eradicative) dan sistemik
- Kawalan memuaskan boleh dicapai sebelum patogen menjangkiti tanaman (bertindak sebagai pelindung)
- Biasanya penyakit yang disebabkan oleh kulat boleh dipulih di peringkat awal jangkitan
- Sukar tentukan masa mula jangkitan… oleh itu kawalan pencegahan diamal secara meluas



Racun Perosak yang di haramkan

1. 2, 4, 5 – T
2. Aldrin
3. Binapacryl
4. Captafol
5. Chlordane
6. Chlordimeform
7. Chlorobenzilate
8. DDT
9. Dieldrin
10. Dinoseb
11. Endosulfan
12. Ethylene – Dichloride
13. Ethylene – Oxide
14. Fluoroacetamide
15. Folpet
16. Heptachlor
17. Hexachlorobenzene
18. Lindane
19. Mercury Compound
20. Methomyl
21. Parathion
22. Parathion – Methyl
23. Phosphamidon
24. Sodium PCP
25. Toxaphene



CARA MEMBANCUH :

1.Sediakan air bersih di dalam baldi.
2.Sukat keperluan racun dan masukkan ke dalam air.
3.Kacau air untuk meratakan racun perosak. 
4.Pastikan alat semburan dalam keadaan baik.
5.Tuang air bancuhan ke dalam tong.
7.Bersihkan tumpahan dengan air bersih di sekeliling tong.

No comments: