Sunday, November 30, 2008

Happy Anniversary

Alhamdulillah, sudah 1 thn ladang sayur ini beroperasi dan dalam tempoh ini banyak pengetahuan mengenai tanaman sayuran diperolehi dan sedikit sebanyak dapat juga aku berkongsi melalui penulisan dalam blog ini. mungkin gambaran sebenar kurang jelas kecuali kepada rakan rakan yang pernah melawat sendiri ke ladang sayuran ini. Terima kasih diatas nasihat dan perkongsian maklumat daripada rakan rakan semua.



Rekod Pengeluaran ( februari hingga November)

Berikut adalah rekod pengeluaran bagi ladang sayuran ini dari tarikh pengeluaran bermula iaitu februari hingga November. Walaupun, sasaran sebenar yang diletakkan iaitu pengeluaran sebanyak 1000kg sehari gagal dicapai, aku masih bersemangat dan yakin matlamat itu akan tercapai untuk tahun akan datang.

Sayuran Sawi Putih 18864 kg
Sayuran Bayam 17547 kg
Sayuran Kangkung 12984 kg
Sayuran Kailan 1414 kg
Kacang Panjang 1146 kg
Kacang Bendi 7623 kg
Kacang Buncis 4024 kg
Timun 10885 kg
Cili 105 kg ( masih belajar tanam cili )



Kelebihan

Dalam tempoh 1 tahun ladang sayur ini beroperasi, aku berjaya melihat kelebihan atau kekuatan serta potensi perniagaan dalam sektor pertanian ini. Dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil, pertanian menjadi sektor yang cukup penting dan mempunyai potensi yang cukup tinggi untuk menjana keuntungan. Kelebihan yang diperolehi secara terus oleh ladang ini adalah kerana ladang ini terletak di kawasan yang mempunyai tahap permintaan bagi sayuran yang tinggi. Selama 1 tahun operasi ladang sayuran ini, permasalahan yang menjadi ketakutan kepada aku dan pekerja adalah tidak dapat memenuhi permintaan. Promosi pemasaran secara tradional yang diamalkan sekarang bgitu berkesan dan diterima baik oleh pelanggan.



Kekurangan

Dalam tempoh ini juga, aku berjaya mengesan beberapa kelemahan yang menjadi faktor utama pengurangan pengeluaran. Tidak memiliki jentera tani yang lebih berteknologi menyebabkan kerja kerja penyelengaraan dan penanaman menjadi perlahan dan mengambil masa yang lama. Kemahiran pengurusan pekerja juga perlu diperbaiki bagi tahun hadapan dan yang paling utama adalah menyediakan satu sistem pengurusan yang lebih berkesan dan mengaplikasikan sistem tersebut dengan segera. Aku percaya sekiranya beberapa kekurangan dan kelemahan ini berjaya diperbaiki, perniagaan usahatani ini mampu menjadi sumber pendapatan yang lumayan kepada aku.


Happy Anniversary

No comments: