“Kami mendapat tahu dari Korea (Selatan) bahawa mereka mengesan kadar melamin yang tinggi dalam sayur-sayuran yang mereka import dari China"
Melamin
Pengetahuan dan kesedaran yang tinggi berkaitan keselamatan hasil pertanian perlu dalam menghasilkan sumber makanan dalam Negara. Pada bulan ini, kita dikejutkan dengan penemuan Melanie dalam sayuran-sayuran yang diimport dari Negara luar. Risiko dan kesan jangka panjang akibat pengambilan makanan yang terdedah kepada pencemaran bahan kimia ini baru diwar-warkan kepada umum namun sejauh mana berita ini memberi kesedaran kepada masyarakat umumnya dan kepada usahawantani khasnya. Kesedaran ini penting bagi memastikan tahap pengawalan terhadap hasil pertanian terutama dalam penggunaan racun serangga dan kulat. Melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, kita boleh mendapatkan garis panduan yang tepat mengenai kaedah penghasilan mutu dan kualiti bagi hasil pertanian yang selamat dimakan.
Skim Amalan Ladang Baik
Alhamdulillah, Permohonan mendapatkan sijil SALM telah diterima dan beberapa prosedur telah dikemaskini bertepatan dengan syarat kelulusan SALM. Walaupun perlu melalui beberapa proses dan prosedur yang ketat, aku masih meletakkan keyakinan yang melalui kaedah ini sahaja kita mampu memastikan yang hasil pertanian dari ladang kita berada pada tahap keselamatan yang terkawal. Pengetahuan dan pemahaman yang tinggi mengenai kandungan bahan yang digunakan dalam racun tanaman dan racun serangga penting dalam memastikan kita memahami kaedah pengawalan yang berkesan dan selamat. Sukatan dan campuran racun yang tepat juga mengurangkan risiko kepada tanaman kita terutama impaknya kepada pengguna iaitu mereka yang makan sayuran daripada pengeluaran ladang kita. Antara kebaikan yang diperolehi selain daripada menyediakan hasil pertanian yang selamat ialah dari segi pemasaran dimana hasil pengeluaran ladang kita mampu melepasi piawaian eksport yang ditetapkan oleh beberapa Negara pengimport.
Sijil Organik
Satu lagi amalan yang baik untuk diamalkan adalah memastikan hasil tanaman kita bebas daripada penggunaan racun serangga dan kulat. Namun aku sendiri mengakui yang amat sukar melaksanakanya kecuali mempunyai kemudahan dan infrastruktur yang lengkap dan pastinya memerlukan kos yang begitu tinggi.
Bagi yang tidak mampu menyediakan infrastruktur seperti rumah kalis serangga, aku mencadangkan penggunaan kaedah tradisional seperti mengamalkan tanaman giliran atau menggunakan tumbuhan semulajadi dalam pengawalan serangga. Dalam kaedah ini, kita menekankan kepada penghapusan ‘circle’ kehidupan serangga terbabit dan bukanya penghapusan serta merta serangga itu. Contohnya, apabila kita menggunakan bahan kimia (racun serangga), kita berjaya mengawal dengan menghapuskan serangga tersebut serta merta namun kita tidak mampu menamatkan kewujudan generasi baru serangga itu tetapi sekiranya kita memilih untuk merosakkan ‘circle’ kehidupan serangga itu, kita berjaya mengurangkan kadar kelahiran baru generasi seterusnya itu.
Alhamdulillah, tanaman timun, Kacang buncis dan Kacang panjang di ladang sayuran aku pada pengeluaran 2 bulan ini, tidak menggunakan racun serangga dan kulat dan 100% bebas daripada penggunaan bahan kimia. Apa yang aku amalkan adalah dengan memastikan kawasan tanaman baru dijauhkan daripada kawasan tanaman lama dan penggunaan bentuk ‘junjung’ yang dibuat pada kali ini berbeza daripada sebelumnya namun masih terdapat sedikit seranggan serangga buah dan ulat buah tetapi masih dapat dikawal dan tidak seteruk seranggan pada tanaman kali pertama dan kedua beberapa bulan lepas walaupun pada masa itu, kawalan 100% menggunakan bahan kimia, Insyaallah, nanti aku paparkan beberapa keping gambar perbezaan junjung yang dibuat dan kesannya.(sekadar perkongsian melalui pemerhatian yang telah dilakukan)
Friday, October 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment