Monday, October 20, 2008

Aliran Pasaran

Alhamdulillah, hampir setahun aku memerhatikan aliran pasaran sayur-sayuran di kawasan pemasaran ini. Memandangkan aku hampir memahami trend permintaan di kawasan ini kini, maka aku sedang berusaha menentukan bekalan sayuran yang menepati permintaan domestik mengikut aliran pasaran berpandukan rekod pemerhatian pasaran selama setahun lalu.


Trend Pemasaran

Umumnya, pemborong sayur memainkan peranan utama dalam sistem pemasaran sayuran di kawasan ini. Kebanyakan hasil pengeluaran dari petani di kawasan ini dipasarkan melalui saluran pemasaran tradisional dan hanya kecil sahaja pengeluar (usahawantani) yang mempunyai inisiatif tersendiri dalam pemasaran hasil ladang mereka. Aku berjaya membuktikan yang tanpa pergantungan kepada pemborong atau system pemasaran tradisionalini, usahawantani mampu menjana keuntungan yang berlipat ganda. Walaupun berlaku sedikit kekeliruan pada peringkat awal berkaitan trend harga sayuran, namun aku masih mampu mengawal margin dan kos pemasaran.


Harga Sayuran.

Memandangkan sayuran merupakan komoditi yang cepat rosak, maka harga sayuran mudah berubah-ubah. Amnya pasaran harga sayuran buah adalah lebih stabil berbanding sayuran daun tetapi permintaan pasaran di kawasan ini tertumpu kepada sayuran daun melebihi sayuran buah. Potensi dalam pemasaran sayuran berdaun adalah lebih tinggi tetapi mempunyai risiko penurunan harga yang ketara berbanding sayuran buah. Penggunaan sesuatu jenis sayuran oleh isirumah bergantung kepada golongan penduduk di kawasan tersebut yang dibahagikan kepada beberapa kategori seperti kaum, pendapatan isirumah, musim dan cuaca. Tahap penggunaan sesuatu jenis sayuran tersebut yang menentukan harga pasaran semasa.


Seperti penulisan aku sebelum ini, kejayaan perubahan yang sedang dilaksanakan dimana setiap perubahan yang dilakukan adalah bergantunga kepada maklumat pemerhatian aliran pasaran hanya boleh diukur pada penghujung bulan disember nanti.

No comments: