Pengurusan Pekerja Asing
Bagi mendapatkan kelulusan permit untuk pekerja asing yang ingin diambil bekerja di ladang kita, kita perlu mengikut beberapa prosedur dan berurusan dengan beberapa agensi kerajaan. Antara agensi kerajaan yang terlibat adalah Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Dalam negeri (KDN), Jabatan Imigresen, FOMEMA dan Klinik Swasta.
Jabatan Tenaga Kerja
1. Pendaftaran tempat pekerjaan di bawah Sek. 63A Akta Kerja 1955.
2. Pendaftaran dan pengesahan menggunakan perkhidmatan JCS (Job Clearing System).
3. Pendaftaran pekerja asing di bawah seksyen 60K Akta Kerja 1955.
Kementerian Dalam Negeri
1. Borang Permohonan untuk mendapatkan kelulusan pekerja asing bagi sektor pertanian.
2. Profail sijil pendaftaran syarikat atau perniagaan yang lengkap.
3. Salinan kad pengenalan pemilik yang di sahkan,
4. Salinan geran tanah dan surat pengesahan daripada Jabatan Pertanian Daerah.
5. Salinan surat perjanjian sewa tanah yang telah disetemkan dan salinan geran yang disahkan oleh Pejabat Tanah Dan Galian.
6. Salinan penyata caruman KWSP bagi pekerja tempatan.
7. Salinan surat perakuan Pendaftaran Tempat Pekerjaan di bawah Sek 63A Akta Kerja 1955.
8. Salinan surat perakuan Pendaftaran JCS.
9. Salinan surat perakuan Pendaftaran Pekerja Asing di bawah Sek 60K Akta Kerja 1955.
10. Wang Tunai bagi bayaran Levi bergantung kepada jumlah tenaga kerja yang dipohon.
Jabatan Imigresen
Setelah mendapat kelulusan daripada KDN, majikan perlu memohon Visa Dengan Rujukan (VDR) bagi pekerja asing yang dipilih. Majikan perlu mendapatkan salinan Passport dan Salinan laporan perubatan pekerja asing melalui klinik kesihatan dari Negara asal pekerja asing tersebut yang diiktiraf oleh FOMEMA.
1. Borang pendaftaran syarikat atau perniagaan.
2. Surat permohonan menggunakan ‘letter head’ syarikat.
3. Salinan surat Kelulusan daripadan KDN.
4. Resit bayaran Levi.
5. Borang IM 12 yang telah lengkap diisi.
6. Borang Bayaran
7. Borang permohonan VDR
8. Bank Draf bagi bayaran PLKS, wang proses dan Visa.
9. Wang cagaran / Insurance Guarantee / Bank Guarantee
10. Salinan passport pekerja asing tersebut.
11. Gambar pekerja asing tersebut berukuran passport.
12. Laporan pemeriksaan perubatan yang diiktiraf oleh FOMEMA.
Kesemua pekerja asing tersebut boleh dibawa masuk melalui KLIA atau Pintu Sempadan. Majikan mempunyai tempoh 30 hari selepas ketibaan pekerja asing tersebut untuk membawa pekerja mendapatkan pemeriksaan kesihatan melalui klinik pilihan FOMEMA dan sekiranya lulus, Majikan boleh mendapatkan sticker permit di Jabatan Imigresen.
Pengiraan Kos Permohonan Pekerja Asing.
Bayaran Levi RM 360
Bayaran Visa RM 15 *
Bayaran Cagaran/Insurans RM 250 *
Bayaran Proses dan PLKS RM 70
Bayaran FOMEMA RM 180
JUMLAH RM 875
* bergantung kepada Negara asal pekerja asing tersebut.
Prosedur bagi mendapatkan pekerja asing dan proses mendapatkan kelulusan permit bagi pekerja tersebut sangat mudah dan nasihat aku, elakkan daripada menggunakan agen atau orang tengah dalam mendapatkan tenaga kerja asing. Pengalaman aku ditipu oleh agen sehingga kerugian hampir RM 5000 memberi pengajaran dan perkongsian maklumat dan prosedur pengambilan pekerja asing ini bertujuan agar rakan-rakan tidak ditipu.
Penipuan
Aku menggunakan khidmat agen bagi mendapatkan 2 orang pekerja asing dari Lombok kerana aku tidak mempunyai kenalan daripada daerah Lombok, Indonesia. Aku memerlukan 2 tenaga kerja daripada Lombok ini bagi mencapai matlamat Dasar Pecah Dan Perintah yang cuba diterapkan dalam operasi ladang sayuran ini.(seperti penulisan sebelum ini) . Sebuah syarikat tempatan yang berfungsi sebagai agen begitu licik dalam penipuan dan bijak dalam memanipulasikan undang-undang bagi menjana keuntungan yang tidak seberapa. Penipuan demi penipuan bermula dari kegagalan menyediakan tenaga kerja sehingga kepada penipuan dalam memalsukan laporan perubatan pekerja asing. Masalah ini juga menjejaskan sedikit operasi ladang sayuran ini dan tindakan undang-undang bakal diambil memandangkan aku mempunyai segala bukti bertulis dan bukti rakaman suara yang lengkap. Aku juga telah mendapatkan nasihat guaman dan keputusan mahkamah nanti, insyaallah akan berpihak kepada aku.
Selamat Menyambut Aidil Fitri
Tuesday, September 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment