Sunday, July 20, 2008

Sistem Pengairan

Sistem pengairan yang baik mestilah meliputi pemilihan peralatan yang tepat, kesesuaian tanaman dengan system pengairan , jadual pengairan dan pusingan & tekanan air.


Maklumat

Sebelum memilih jenis pengairan yang hendak digunakan, kita perlu mendapatkan sebanyak mungkin maklumat berkaitan terutaman dari segi perbandingan harga , perbandingan kualiti dan ketahanan serta kepenggunaan yang efektif mengikut jenis tanaman kita. Kita perlu mendapatkan senarai hardware yang mampu menawarkan harga murah dan mempunyai stok yang berterusan. Disini la kepentingan yang aku pernah tekankan dalam penulisan lepas iaitu jaringan atau perhubungan dengan pembekal.


Pemilihan Peralatan

High Density Polyethene (HDPE)
HDPE juga sesuai digunakan memandangkan ia mempunyai tahap ketegangan yg tinggi dan mampu menahan panas sehingga 120 darjah celcius. Suhu air didalam HDPE juga mampu kekal pada 25 darjah celcius dan begitu baik untuk penjagaan akar pokok. HDPE ini diperbuat daripada campuran petroleum dan tahan lasak namun harganya amat mahal berbanding PVC.

PVC
PVC lebih mudah pecah namun harganya jauh lebih murah berbanding HDPE. Sesetengah pendapat mengatakan air yang terdapat dalam PVC akan panas akibat daripada sinaran matahari, namun pengalaman aku menggunakan PVC, tidaklah seperti yang diwar-warkan.

Sprinklers
Pemilihan sprinklers juga amat penting dan perlu bersesuaian dengan jenis tanaman yang kita tanam. Kesilapan kecil dalam pemilihan bentuk sprinkler boleh menyebabkan kerugian yang besar terutama dari segi benih dan baja.

Enjin Pam
Pemilihan pam air yang sesuai dan kekuatan enjin pam yang baik amat penting bagi memastikan bekalan air mampu di salurkan ke keseluruhan kawasan ladang amnya dan ke keseluruhan kawasan tanaman khasnya.


Susunatur

Langkah terbaik sebelum memulakan kerja pemasangan paip adalah dengan melukis graf rajah susunan paip dan susunan atur kedudukan yang bersesuaian dan kemudian lukiskan kawasan pengairan dengan menggunakan graf skala pusingan sprinkler.
Gunakan skala 1 bulatan = 3 meter, atau 1 bulatan = 4 meter. Grafkan keseluruhan batas yang sedia ada dan sambungan paip yang efisien mengikut skala pusingan/saliran air yang mampu menampung bekalan kepada tumbuhan. Kedudukan paip utama amat penting dan longkang/parit sebagai saliran pembuangan lebihan air juga perlu ekfektif dan selamat terutama dari segi kesan racun kulat dan serangga yang digunakan ke atas tanaman.


Kesesuaian tanah dan tanaman

Sprinkler memerlukan 2 perkara asas untuk beroperasi iaitu pusingan air dan tekanan air. Kemampuan enjin pam air membekalkan jumlah air yagn diperlukan oleh tumbuhan merupakan faktor penting dan kita juga perlu memastikan jumlah air yg ingin di salurkan bertepatan dengan jenis tanaman serta jenis tanah tersebut. kita perlu mahir dalam menentukan sistem kapasiti bagi setiap gelen air per ekar(gpm/acre) mengikut jenis tanah.

No comments: