Salah satu faktor penting dalam pemasaran hasil pengeluaran ladang kita adalah pembungkusan dan perlabelan. Kebanyakan daripada kita mungkin alpa dan merasakan kepentingan untuk pembungkusan yang menarik dan perletakan label yang tepat sebagai perkara yang tidak penting. Pada peringkat awal, aku sendiri tidak menitikberatkan pembungkusan sebagai faktor penting malahan aku sendiri tidak pernah untuk melabelkan hasil pengeluaran ladang sayuran ini. Mungkin pada peringkat awal, atas kesibukan dan penumpuan kepada beberapa perkara yang perlu di utamakan terlebih dahulu sehingga aku terlepas pandang kepada kepentingan untuk pembungkusan dan perlabelan ini.
Pembungkusan
Faktor utama dalam pembungkusan adalah meletakkan gred yang sesuai dengan kualiti hasil ladang. Antara cirri-ciri yang perlu dititikberatkan dalam pembungkusan adalah
Seperti berikut:
• Mempunyai hasil pengeluaran pertanian daripada jenis dan standard gred yang sama.
• Memenuhi ciri-ciri berkualiti, mementingkan kebersihan dan kualiti ketahanan samada plastik, kotak ataupun kertas yang mampu memberi perlindungan kepada hasil tani.
• Mempunyai ukuran yang sesuai dan boleh menampung kuantiti hasil tani.
• Sebaiknya satu-satu bungkusan tidak melebihi berat 30kg.
Perlabelan
Perlabelan membawa maksud satu label yang ditanda pada bungkusan keluaran pertanian atau label yang dilekatkan pada suatu bungkusan atau hasil pertanian. Antara cirri-ciri yang perlu ada pada sesuatu label adalah seperti berikut:
• Saiz yang sesuai adalah diantara 11cm x 7cm.
• Perlu kemas dan mudah dilihat di permukaan sebelah atas atau sisi bungkusan.
• Wajib mempunyai makumat seperti nama dan alamat perniagaan, jenama, standard gred keluaran, saiz, berat, maklumat negara asal dan perkataan “ produce of Malaysia”
Wednesday, July 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment