Wednesday, April 30, 2008

Auction

Alhamdulillah, kini ladang sayuran ini mempunyai sebuah lori kecil @ pick up yang baru dibeli menerusi satu lelongan awam pada minggu lalu. Dengan adanya kenderaan ini, mudah bagi aku untuk meluaskan kawasan pasaran dan mensasarkan pengeluaran yang lebih tinggi.


Lelongan

Pick up yang dibeli ini mempunyai kapasiti berat muatan sebanyak 1850kg adalah milik asal TNB melaka. Ucapan terima kasih kepada En Sudin daripada TNB Melaka yang memberikan maklumat lengkap mengenai keadaan kenderaan tersebut. Pick up tersebut akan di cat dengan satu warna yang berkonsepkan ladang sayuran ini sebagai wadah pengiklanan dan menjadi satu medium pemasaran dalam memperkenalkan ladang sayuran ini.


Pakatan

Insyallah, salah seorang saudara aku akan sama-sama menceburi bidang tanaman sayuran ini dan ladang seluas hampir 10 ekar akan dibuka di bukit Merah, Perak. Setelah persetujuan dicapai mengenai pasaran semasa dan pasaran masa depan, kami bersetuju untuk menggunakan konsep yang sama di bawah satu jenama dalam memasarkan keluaran ladang nanti. Mungkin ini merupakan langkah pertama dalam mengorak peluang di dalam bidang penanaman sayuran ini. Jadi dalam pertengahan tahun ini, kami telah mempunyai jaringan ladang sayuran di 2 buah negeri dan rangkaan untuk masa hadapan, kami mensasarkan jaringan ladang sayuran di setiap negeri dimana target selepas ini adalah di negeri selangor. Semasa di kampung, aku sempat juga melawat sebuah kolam ternakan ikan hiasan iaitu "Bukit Merah Aquaculture". Apa yang menarik minat aku ialah, di sini pusat ini lah terdapat seekor ikan arowana terbaik di dunia. kagum aku dengan semangat dan usaha pemilik pusat ternakan ikan hiasan ini.


Kucar-kacir

2 minggu nie aku begitu sibuk sehinggakan tiada masa yang sempat di ambil untuk menulis kat blog nie. Selepas kembali dari Selangor dari menguruskan beberapa urusan berkaitan perniagaan di sana, aku banyak menumpukan kepada keadaan ladang sayuran ini. 2 minggu aku takde, kucar kacir jadinya operasi ladang sayuran ini, mungkin kerana bapa saudara aku yg merangkap sebagai pengurus kat sini, masih kurang berpengalaman dalam bidang ini. Rekod ladang yang tidak kemas dan beberapa masalah kecil namun mampu menjejaskan pengeluaran sayuran terpaksa aku kemaskan sedikit demi sedikit. Daripada penelitian aku, kebanyakan masalah ini berpunca daripada pekerja2 indonesia kat ladang aku nie. Namun aku percaya, semua masalah yang sedang diselesaikan ini mampu mematangkan aku dalam membuat keputusan berhubung operasi ladang sayuran (pengurusan, teknik dan jagaan tanaman & pemasaran). Ianya merupakan satu bonus untuk aku dimana pengalaman yang banyak pengajaran ini aku perolehi dalam masa yang singkat. Alhamdulilah.


T.O.L

Temporary Order Land atau tanah TOL adalah kelebihan yang di war-warkan oleh kerajaan pada masa sekarang. Baru-baru ini, kerajaan banyak bercakap mengenai pemberian tanah TOL kepada petani. Di sini aku suka untuk berkongsi sikit maklumat mengenai cara untuk kita mendapatkan tanah berstatus TOL ini. Pada peringkat awal, kita perlu mengenalpasti lokasi tanah milik kerajaan yang boleh diteroka dimana maklumat ini senang didapati dari Pejabat Tanah Daerah. Setelah lokasi tanah dikenalpasti, kita boleh terus membersihkan kawasan tersebut dan memulakan projek pertanian di kawasan tersebut. Kemudian kita boleh melantik charted licence surveyor untuk mengukur dan membuat pemetaan bagi kawasan tanah yang telah kita teroka tadi dan pelan yang diterima akan dilampirkan bersama borang permohonan. Namun bagi aku, aku mempunyai kaedah alternatif yang jauh lebih effisien. Baru-baru ini, aku telah ditawarkan 10 ekar tanah TOL dengan bayaran yang amat rendah. Insyaallah sekiranya tiada halangan, ladang sayuran aku akan di tambah dalam masa beberapa bulan akan datang.

No comments: