Sunday, March 30, 2008

Mentaliti

Petani pada zaman sekarang seharusnya berani untuk berubah cara berfikir, pandangan dan sikap dalam menyesuaikan diri dengan kehendak masa bagi mendorong diri kita untuk merebut kemajuan dalam pelbagai bidang dan peluang pasaran.


Budaya meniru

Kemunduran mentaliti di kalangan sesetengah petani sehingga sanggup meniru dan tidak mengkaji keberkesanan dan pulangan sesuatu perusahaan sebelum menceburi bidang itu adalah amat merbahaya kepada keseimbagan penawaran di pasaran amnya dan khasnya kepada peningkatan risiko terhadap pulangan hasil ladangnya. Ini terjadi di kawasan pasaran sayuran aku. Mungkin sikap kita yang suka meniru orang lain tanpa berfikir dan mengkaji keadaan dan keperluan pasaran. Suka untuk aku berkongsi satu cerita mengenai seorang petani di sini yang melihat potensi pasaran sayur jenis sawi dan beliau memulakan tanaman di satu kawasan sawah padi. Sikap positif dan sikap berani beliau seharusnya dipuji namun kerana sedikit kesilapan iaitu sikap terburu-buru dan budaya meniru mengagalkan usaha beliau. Mungkin beliau melihat hasil sayuran yang dikeluarkan dari ladang sayuran aku setiap hari dan kualiti harga pasaran semasa telah menaikkan semangat beliau untuk sama-sama mengusahakan tanaman sayur seterusnya menjalankan aktiviti penanaman tanpa berfikir panjang. Sebenarnya , kawasan yang digunakan amat tidak bersesuaian dengan keadaan cuaca sekarang dan tapak tanaman beliau tidak strategik dari segi pengawalan serangan penyakit pokok dan serangan serangga. Kesimpulannya beliau telah gagal. Bukan dengan niat tidak baik atau perasaan dengki terhadap beliau yang aku cuba ketengahkan, tetapi sikap dan budaya bangsa kita. Sikap meniru dan budaya melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang menyebabkan sesuatu usaha kita gagal. Begitu juga dengan beberapa kes terdahulu seperti, apabila harga getah jatuh teruk sekitar tahun 2004, kebanyakan pemilik tanah di sini menebang kesemua pokok getah di ladang mereka dan digantikan dengan tanaman pokok buah-buahantetapi apabila harga getah meningkat pada tahun 2007, mereka menggantikan pula tanaman buah-buahan kepada pokok getah walaupun belum mendapat hasil daripada tanaman buah-buahan tersebut. Ini adalah mentaliti kebanyakan penduduk dikawasan ini.


Hutang

Purata petani di kawasan ini menjana pendapatan mengikut musim dan mereka ini penghidupanya bergantung kepada pertanian menyebabkan mereka terjebak ke dalam kancah hutang. Walaupun ada sesetengah petani yang aktif menanam sayuran seperti aku, namun mereka hanya bertumpu kepada satu jenis tanaman sahaja. Contohnya jika mereka menanam terung, keseluruhan kawasan ditanam dengan terung. Ini akan mewujudkan sikap pergantungan atau pengharapan kepada pemborong iaitu satu sikap yang menyebabkan kerugian beribu-ribu ringgit. Pengamatan aku sejak terlibat dalam aktiviti pertanian, memberikan pengalaman yang cukup sedih mengenangkan nasib bangsa melayu dalam sektor pertanian. Contoh, seorang pakcik (50thn) yang bekerja sebagai penoreh getah di kebunnya seluas hampir 7 ekar. Walaupun harga getah yang meningkat tinggi sekarang ( RM 3.00 per kg) namun beliau masih belum mampu menjana pulangan yang lumayan. Ini kerana pengharapan hanya kepada seorang pemborong hasil getah dimana kelebihan taukey cina ini cuma kempampuan mendahulukan keperluan aktiviti ladang seperti baja, racun dan sedikit keperluan dapur. Kebanyakan petani di sini terpaksa berhutang untuk mendapatkan keperluan baja dan racun . Keperluan bagi setiap petani untuk berhutang tidak aku sangkal, kerana sebagai seorang petani aku juga tidak dapat lari daripada keperluan untuk berhutang dalam menjalankan aktiviti ladang sayur aku tetapi kemahiran untuk mentadbir hutang itu amat penting dan mampu menangani pelbagai masalah, Kalau kita lihat golongan petani di Negara-negara maju seperti Jepun, Formosa, Australia dan Amerika Syarikat sendiri mengamalkan hutang dalam menjalankan aktiviti ladang mereka. Namun kelebihan yang mereka miliki dalam mentadbir hutang mereka, tidak menyebabkan mereka menderita di tangan pemberi hutang.


Tenaga Kerja vs Keluasan Tanah

Alhamdulillah, operasi ladang sayuran aku bakal berkembang setelah kerja-kerja penyediaan kawasan fasa 3 selesai sepenuhnya. Dengan tambahan 1 orang pekerja dan bakal diikuti dengan 2 orang lagi pada bulan hadapan menjadikan jumlah pekerja di ladang sayuran aku seramai 6 orang. Namun setelah mendapat pelbagai nasihat daripada rakan-rakan dan beberapa pemilik ladang lain, pendapat mereka mengatakan jumlah tenaga kerja di ladang aku melebihi had dan keperluan bagi setiap keluasan tanah tersebut. Mereka mengesyorkan agar aku mengurangkan tenaga kerja agar perjalanan operasi ladang ini lebih efisyen. Setelah meneliti pendapat mereka, Ya aku bersetuju dan langkah yang perlu aku lakukan adalah menstabilkan imbangan antara keluasan tanah dan keperluan tenaga kerja. Satu cara yang efisyen bagi aku adalah dengan menambahkan keluasan kawasan tanaman dan bukanya dengan mengurangkan tenaga kerja. Aku telah berbincang dengan pemilik tanah berdekatan ladang sayuran sekarang untuk mengusahakan tanah beliau. Namun semuanya masih di peringkat awal perbincangan.

No comments: