Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
Seperti mana yang diketahui oleh rakan-rakan semua, pengumuman barisan kabinet baru oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi beberapa hari lalu menunjukkan sedikit perubahan dan didalam mengharungi arus perubahan, perancangan rapi amat perlu dititikberatkan walaupun wujud sedikit krisis dalam kepemimpinan. Harapan aku, agar segala perancangan dan plan yang dirancang oleh Menteri terdahulu di teruskan dan dikembangkan lagi.
Menteri : Dato' Mustapa Mohamed
Timbalan : Dato' Rohani Abdul Karim
Kebaikan Pemilihan Benih
Setelah mencuba beberapa jenis benih bagi setiap jenis sayuran, aku telah mengenalpasti benih yang benar2 berkualiti bagi semua jenis sayuran di ladang ini.
Benih baru ini juga akan dapat menghasilkan ciri-ciri sayur yang lebih baik dan hayat simpanan yang lebih panjang. Lebih mengutamakan adalah dari segi penjimatan masa dan kos dimana hasil daripada pemerhatian aku, benih yang berkualiti ini memberikan hasil pengeluaran sehingga 3 kali ganda. Contohnya, benih bayam yang aku beli pada harga RM 80 per kg. Dengan kuantiti biji benih yang sama di tabur pada batas tanaman menghasilkan pengeluaran sebanyak 3 kali pada satu tempoh masa tuaian. Biji benih yang lebih kuat mendahului pengeluaran pada peringkat awal tuaian disusuli dengan biji benih yang sedikit lemah akan mengeluarkan hasil setelah tuaian terdahulu selesai. Biji benih yang agak lemah ini tidak terus mati apabila membesar bersama biji benih yg sihat. Biji benih yang berkualiti juga akan menghasilkan tumbesaran sayur yang lebih berat timbangannya dan ini tentulah memberi keuntungan kepada seseorang petani.
Mitos @@@ Dongengan
Di dalam stor simpanan biji benih dan racun di ladang sayur aku, terdapat sekumpulan lebah yang telah membina sarangnya. Menjadi kepercayaan sesetengah golongan berusia di kampung aku mengatakan bahawa sekiranya terdapat sekumpulan lebah membina sarang di kawasan kita, itu menandakan akan membuka peluang rezeki yang cerah kepada kita. Ntah la..betul atau tidak aku kurang pengetahuan untuk menghuraikannya. Secara sains, aku bersetuju kerana bila ada sarang lebah..boleh la aku "pow" madu nya nanti...hehehe.
Pokok Bendi dan Ribut.
2 Hari lepas berlaku hujan lebat dan ada ketika dilanda angin langkisau (gusting) yang kuat di kawasan kodiang. Pada masa tu, aku kat ladang sayur dan sedang mengutip tanaman kacang panjang. Hujan yang tiba-tiba dan angin yang kuat telah menumbangkan beberapa pokok bendi. Alhamdulillah, tiada kemalangan yang berlaku dan pokok bendi yang tumbang itu tidak menjadi masalah yang besar kepada aku kerana pokok-pokok tersebut masih boleh diselamatkan. Keesokannya, pagi-pagi lagi aku dan 2 orang pekerja mendirikan semula pokok yang tumbang itu disokong dengan batang kayu pada tiap-tiap dahan. Pada penulisan sebelum ini, aku mencadangkan supaya pengutipan hasil kacang bendi di buat selang sehari, namun sedikit perbandingan yang cuba aku huraikan di sini ialah, pada masa sekarang aku telah mengubah tempoh pengutipan untuk buah bendi dimana kutipan dilakukan pada setiap hari. Perbezaan yang ketara di sini ialah, apabila buah bendi di kutip setiap hari, kita mampu mengawal kualiti dan size buah bendi yang dikeluarkan agar berada pada ukuran yang sama dan kualiti yang terbaik seterusnya mampu memberi pulangan yang berganda melalui kuantiti berat timbangan.
Pengurusan Tanah.
Bagi tanaman cili dan beberapa tanaman baru, usaha penanaman akan ditumpukan kepada kawasan tanah di fasa 3. Kawasan fasa 3 yang 80% siap, sedia untuk dimulakan pada awal bulan hadapan. Semaian untuk penambahan tanaman cili telah dibuat. Aku menganggarkan sebanyak 2000 pokok lagi akan di tanam secara berperingkat sehingga mencapai jumlah 10000 pokok cili. Sedikit kekecewaan, kerana berlaku kesilapan kecil pada peringkat awal dahulu dalam pembinaan jalan di dalam ladang sayur ini. Akibat tiada pengalaman dan kurang nasihat yang diterima sehingga mengakibatkan penggunaan tanah di kawasan ladang tidak dapat di maksimumkan. Insyaallah, pengalaman ini akan aku jadikan sebagai satu panduan dalam pengurusan yang cekap di masa hadapan.
Baja Tanaman
Pada masa sekarang agak sukar untuk mencari bekalan tahi ayam untuk dijadikan baja. Aku dapat melihat beberapa perbezaan yang ketara melalui tanaman sayuran yang menggunakan baja tahi ayam dan tidak menggunakanya. Kepentingan baja tahi ayam adalah untuk memberi khasiat pada tumbuhan di peringkat awal pembesaran sebelum di sokong dengan penyerapan baja kimia. Sayuran yang mendapat cukup bekalan daripada baja tahi ayam akan lebih berkualiti dimana kita boleh melihat perkembangan dan tumbesarannya lebih baik dan kehijauan daun lebih menyerlah. Sekiranya ada kawan-kawan dari sekitar kedah atau perlis yang boleh membekalkan tahi ayam, aku mohon agar korang menghubungi aku untuk perbincangan lanjutan. Baru-baru ini pula aku mendapat nasihat daripada seorang taukey cina mengenai pemilihan baja kimia yang efektif. Aku mendapat penerangan yang ringkas dan padat mengenai perbezaan 3 jenis baja kimia dan keberkesanannya terhadap sayur. Baja 15:15:15 / Baja 15:15:15:18s+te / Baja 16:16:16. Baja 15:15:15 adalah kebiasaan yang digunakan oleh petani dalam bidang tanaman sayuran namun kualiti baja 16:16:16 adalah terbaik berbanding baja 15:15:15. Ini kerana, hasil tanaman akan lebih cepat membesar dengan daun sayur yang lebih lebar disamping batang sayuran yang jauh lebih lembut. Aku difahamkan yang baja 15:15:15:18s+te pula lebih baik dan berkualiti berbanding kedua2 jenis baja tadi. Mungkin ada dikalangan kawan-kawan yang berpengalaman mengenai baja ini, bolehlah berkongsi di sini. tq
Thursday, March 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment