Friday, April 30, 2010

Kursus Cendawan Anjuran Koperasi Agro Jerlun

Alhamdulillah, minggu ini aku sempat mengikuti kursus penyediaan cendawan anjuran Koperasi Agro Jerlun dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri kedah bertempat di Charok Padang, Sik, Kedah. Kursus selama 2 hari 1 malam itu banyak memberikan ilmu dan pendedahan berkaitan tanaman cendawan tiram.


Semasa kursus juga, segala teori dan praktikal di ajar dari penyediaan awal beg media sehingga menyusun beg beg media yang telah siap di rak untuk simpanan. Letih juga la tetapi semangat kerjasama dan kerja berkumpulan dapat dilihat sesama ahli walaupun ini program pertama anjuran Koperasi Agro Jerlun. Harapan aku, koperasi ini terus bergerak maju dan berjaya membantu ahli ahlinya.


Mungkin untuk masa akan datang, banyak lagi aktiviti yang boleh dianjurkan kepada ahli ahli tidak terhad kepada kursus dan seminar.


Penglibatan dalam program yang lebih luas dan melangkaui pelbagai skop berkaitan pertanian perlu bagi memajukan Koperasi ini. Pelbagai cabang perniagaan yang wujud dan Dana kerajaan yang disediakan untuk Koperasi sewajarnya digunakan sebaik mungkin. Penglibatan golongan Belia perlu ditingkatkan dengan mewujudkan peluang kepada mereka.


Tidak dinafikan, wujud beribu - ribu persatuan atau koperasi yang bersedia membela nasib dan membuka banyak peluang kepada usahawantani, kewujudan Koperasi Agro Jerlun juga bermatlamat yang sama. Oleh itu perancangan secara rapi perlu demi kepentingan dan kebajikan semua pihak.

No comments: