Tuesday, April 20, 2010

Kedah-Kelantan

Kedah – Kelantan


Pada tahun ini, aku selalu berulang alik ke kelantan kerana kami telah ditawarkan kerja kerja menuai padi di kawasan MEP Kadok seluas 200 ekar dan kawasan Bunut Susu seluas 150 ekar di daerah Pasir Mas, Kelantan. Kerja kerja menuai ini dipercayai memakan masa hampir sebulan kerana keadaan padi yang masak tidak serata.


Pada peringkat awal, kami cuma membekalkan baja cecair untuk pasaran di kelantan bagi tanaman Padi sehingga kami nampak peluang untuk kerja kerja menuai Padi ini. Namun semuanya masih diperingkat awal dan kami sendiri tidak berniat untuk melabur secara besar dalam perniagaan ini. Pada masa sekarang, kami Cuma menyewa jentera penuai daripada pemilik di Kedah dan dibawa ke kelantan.


Harga yang ditawarkan adalah RM 7 bagi setiap guni padi iaitu 80kg. Aku difahamkan harga tender yang ditawarkan ialah RM 9 dan seperti biasa lah apabila ada campur tangan pihak pihak yang berkepentingan, daripada harga RM 9 dapat la RM 7. ( lebih baik aku tak ulas, rasanya semua faham ). 2 buah jentera penuai padi telah di bawa untuk menjalankan kerja-kerja tersebut.



Buluh

Bulan ini, pekerja ladang banyak tertumpu kepada aktivit mencari Buluh di dalam Hutan. Sasaran mendapatkan sebanyak 10000 batang buluh mungkin dapat dicapai dalam masa 20 hari. Kerja –kerja menyiapkan tapak tanaman timun juga sedang rancak kerana aku target untuk memulakan tanaman pada awal bulan mei ini.


Walaupun harga pasaran bagi timun masih tinggi, aku memilih untuk mengambil risiko namun diminimakan dengan tambahan tanaman lain iaitu kacang panjang.

No comments: