Kerja kerja memunggah dan membuka sambungan paip air telah siap. Semua paip dan enjin telah di simpan di Stor ladang. Minggu ini juga, kerja kerja penyediaan tanah di ladang sedia ada akan dimulakan. Pada masa sekarang, 3 orang pekerja giat membaiki pagar-pagar yang roboh dan tambahan 60 batang tiang pagar baru telah digunakan.
Seperti tahun-tahun yang lepas, pada bulan Disember sehingga pertengahan bulan Mac nanti, keadaan cuaca akan panas begini. Dalam keadaan begini, untuk memulakan tanaman adalah mustahil walaupun harga pasaran bagi sayuran berdaun melonjak tinggi. Namun bagi tanaman bendi, harganya semakin menurun dan aku percaya menjelang 3 bulan akan datang, harga bendi akan mencecah paras terendah.
Perancangan baru aku untuk tanaman kali ini dimulai dengan tanaman sayuran berdaun sehingga bulan April nanti. Kemudian tanaman berjunjung seperti timun, kacang panjang@ buncis dan seterusnya tanaman sayuran berbuah seperti Bendi @ cili. Aku juga telah menempah kayu junjung setinggi 9 kaki dan kerja-kerja mengumpul buluh juga akan dimulakan pada pertengahan bulan mac nanti.
Pada masa sekarang aku banyak membuat survey untuk membeli sebuah lori. Aku merancang untuk membeli sebuah lori samada tipper atau kargo bagi memudahkan kerja pengedaran hasil ladang nanti. Beberapa list keperluan atau list kerja-kerja berpotensi yang bakal dilakukan nanti. Memang seperti leceh dan merumitkan walhal cuma hendak membeli sebuah lori tetapi bagi aku, biarlah menang membeli dan alah memakai dimana setiap sen yang dibelanjakan nanti mampu memberikan pulangan yang setimpal.
Kerja – kerja menabur tinja ayam telah siap. Pada kali ini aku cuma menyediakan 15 Tan tinja ayam untuk keperluan ladang seluas 7 ekar ini. Tinja ayam yang telah ditabur akan dibiarkan selama 1 bulan di atas batas-batas tanaman. Aku percaya proses ini mampu menghilangkan kesan panas tinja ayam tersebut. Hampir 2 bulan tiada hujan yang turun di kawasan ini.
Saturday, February 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment