Wednesday, February 10, 2010

Kembali

Minggu ni aku kembali ke Kedah setelah hampir sebulan lebih menguruskan kerja kerja di Seri kembangan , Selangor. Perkara pertama yang aku buat ialah melawat ke tapak tanaman bendi yang ditanam pada bulan Disember lalu, seperti yang beberapa rakan memaklumkan melalui telefon minggu lalu, tanaman kali ini musnah.


Tanaman pokok bendi seluas 3.5 ekar musnah akibat cuaca yang terlalu panas dan sumber air yang kering. Aku juga dapat melihat kesan tapak kaki lembu yang memasuki kawasan ini. Jadi aku mengambil keputusan untuk membuka semua paip dan enjin pam air dan di bawa simpan ke stor. Tapak tanaman ini walaupun berdekatan dengan ladang sedia ada, masih sukar untuk mengawal kemasukan lembu-lembu. Dalam keadaan cuaca begini, kebanyakan ternakan terpaksa mencari sumber makanan dan tidak dapat di elakkan kali ini, tanaman bendi aku menjadi mangsa.


Perancangan baru diperlukan segera untuk tanaman yang akan datang.

No comments: