Industri penghasilan baja merupakan satu bidang yang kini semakin menarik minat usahawan untuk diceburi. Penghasilan baja samada sintetik atau organik tetap memberikan nutrien yang sama untuk sesuatu tumbuhan dan tanah. Antara bahan yang sering digunakan bagi membuat baja ialah nitrogen, fosforus, kalsium, zink dan asid amino. Keperluan ini amat mudah untuk didapati dan dihasilkan.
Sinetik
Dalam mencapai produktiviti dan kualiti penghasilan tanaman, kebanyakan kita usahawantani menggunakan baja jenis sintetik yang diperbuat dari bahan kimia dan bersifat lebih tersedia untuk kegunaan ke atas tumbuhan . Baja sintetik seperti baja NPK, Ammonium, Magnesium diakui meningkatkan kandungan kimia yang merbahaya dalam tanah dan mampu mengubah struktur tanah tersebut dari segi komposisi kimianya namun baja sintetik tetap menjadi pilihan kerana ianya mampu mendatangkan hasil yang mudah dan cepat kerana ia disalurkan terus ke akar pokok walaupun disedari dalam jangka masa panjang memudaratkan tanaman dan tanah kita.
Aku sendiri menggunakan NPK bagi keseluruhan aktiviti ladang walaupun disedari kekurangan dan kelemahan dalammasa jangka panjang. Berikut adalah contoh pengiraan keperluan NPK bagi setiap tanaman yang dipraktikkan selama ini.
NPK 16/16/16 bermakna di dalam baja itu wujud N 16%, phosphate 16%, potash 16%. %N berdasarkan N sebenar, manakala %P dan %K dalam bentuk phophate dan potash bukan % element sebenar.
Untuk mendapatkan %p yang sebenar,
% phosphate darab 0.43 = 0.16 x0.43 = 6.88%
Untuk mendapatkan %k yang sebenar,
% potasium darab 0.83 = 0.16 x 0.83 = 13.28%
Jadi untuk siraman akar sebagaimana fertigasi juga perlu N 170-220ppm, disebabkan siraman kita tak lah kerap macam baja fertigasi, kita tetapkan N 220ppm. jadi persolan timbul, berapa gramkah biji baja tu atau debu baja tu ( kalu bentuk powder) kena di timbang untuk dapatkan N 220 ppm.
Pengiraan:
ppm = mg/lit
maka N = 220mg/lit
baja di perlukan = 220ppm/16% = 1375mg/lit = 1.375gm/lit air,
Bagi 1 tong 10 liter, berat baja di perlukan = 1.375 x 10 = 13.75gm = 14gm (rounded)
kalu berat 14gm baja memberi N 220ppm dalam larutan 10 lit, berapa pula kandungan P pure dalam larutan itu?
kita tahu nilai sebenar P adalah 6.88%,
jadi nilai ppm = 1375mg x 0.0688 = 94.6ppm,
nilai K = 1375 x 13.28% = 182ppm
nilai K agak kurang pada masa pertumbuhan produktif, tapi mencukupi untuk pertumbuhan pembesaran dan kerana itulah semasa produktif baja NPK, cari nilai K yang tinggi.(credit to abg mat BJ yang menurunkan ilmu)
Organik.
baja organik yang asli yang terbukti melindungi segala nutrien yang amat diperlukan oleh tumbuhan dan membantu meningkatkan kualiti tanah melalui mikroorganisma yang semulajadi. Antara jenis penghasilan baja organik ialah Vermikompos iaitu proses yang dihasilkan melalui ternakan cacing tanah dan penghasilan baja melalui tinja haiwan seperti tahi kambing, lembu dan ayam dan juga kayu, kertas, makanan ikan dan rumpai air. Baja organik mempunyai pasaran meluas kerana mampu meningkatkan hasil tanaman antara 10 hingga 30 peratus. Penghasilan baja-baja organik merupakan projek tambahan yang berpotensi untuk dikembangkan. Aku percaya hasil dan kualiti sesuatu tanaman itu juga bergantung kepada jenis baja yang digunakan.
Pada masa sekarang, aku sedang mempelajari kaedah dan cara penghasilan baja secara organik bertujuan untuk di komersialkan. Tumpuan lebih kepada penghasilan baja untuk tanaman Padi dan Sayuran. Semoga bidang yang baru diceburi ini memberikan peluang yang lebih luas dan kejayaan.
Sunday, January 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Senang nak check percentage by molar weight melalui page ni. www.convertunits.com/molarmass
Post a Comment