Wednesday, December 30, 2009

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru



Selamat menyambut tahun baru buat semua pembaca blog ini. Semoga tahun baru ini membawa cahaya kejayaan kepada usaha kita. Dalam menghadapi tahun baru yang semakin mencabar ini, segala pengalaman sepanjang tahun 2009 boleh la dijadikan sebagai panduan dalam merancang strategi untuk tahun 2010 nanti. Perancangan yang bijak mampu memberi kejayaan kepada usaha kita.


Setiap perancangan yang kita buat mestilah berdasarkan jangkamasa pendek, sederhana dan jangkamasa panjang dimana ianya mesti realistik dan mampu untuk dicapai. Aku sendiri sedang merancang beberapa peluang yang mampu diambil dan dilaksanakan pada tahun 2010 nanti dan kebanyakan perancangan ini melibatkan kerjasama dengan beberapa rakan usahawantani di beberapa negeri. Namun semua ini masih dalam peringkat awal dan masih banyak ruang yang boleh diperbaiki. Pendapat aku, sekiranya ada masalah atau pembaharuan semasa pelaksanaan itu nanti, kita janganlah takut untuk mengubahnya kerana kita perlu untuk belajar daripada kesilapan kita dan berani untuk menetapkan matlamat yang baru.


Perancangan tanaman dan menambah keluasan ladang menjadi keutamaan sekarang manakala menceburi bidang pemborongan sayuran pula dapat ditentukan apabila mendapat maklumbalas dari rakan rakan usahawantani lain. Fokus kepada pengeluaran sayuran mengikut musim pada harga maksimum perlu kepada disiplin pertanian. Ia bukan sahaja semata-mata bergantung kepada jenis sayuran dan anggaran pengeluaran tetapi lebih kepada sokongan faktor luaran. Pada tahun 2010 ini, tumpuan tanaman adalah kepada jenis sayuran berbuah seperti kacang bendi, Cili, Terung dan kekacang.


Dengan keluasan 10.5 ekar sekarang, aku berkeyakinan yang setiap perancangan ini adalah realistik dan mampu dilaksanakan.

No comments: