Saturday, October 10, 2009

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ialah sebuah jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Yang bertanggungjawab memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja. Jabatan ini diberi tanggungjawab mentadbir dan menguatkuasakan perundangan berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Jabatan ini bertanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran tentang perlunya tempat kerja yang selamat dan tiada risiko kesihatan di kalangan majikan, pekerja dan orang awam. Jabatan ini melaksanakan tiga aktiviti penting iaitu penyediaan standard, penguatkuasaan serta sebaran am dan promosi. Menjalankan kajian dan analisis teknikal ke atas isu isu keselamatan pekerjaan yang wujud dan menguatkuasakan Akta Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan 1994 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Maklumat lanjut boleh lawati www.dosh.gov.my



Kepentingan.

Bagi sebuah ladang atau perusahaan yang menggajikan pekerja, aspek keselamatan amat penting terutama kepada individu yang bekerja dengan kita. Alhamdulillah, kursus-kursus pengurusan ladang dan permohonan sijil SALM sikit sebanyak memberikan maklumat dan persediaan untuk aku menguruskan ladang sayuran ini di bawah tahap keselamatan yang tinggi. Jadi tidak timbul masalah untuk aku mengaplikasikan beberapa langkah keselamatan tambahan yang disyorkan oleh En Mahamad Nanyan dari Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan.

Bagi sesebuah ladang sayuran, aspek keselamatan boleh di nilai melalui beberapa ciri seperti pengurusan racun perosak / stiker kesedaran dan keselamatan / pengasingan stor dan pengudaraan / kemudahan asas bagi pekerja / susunatur ladang bagi kelengkapan dan lengkapan / peti pertolongan kecemasan / alat pemadam kebakaran / rekod ladang dan pakaian pekerja semasa menjalankan kerja.

Tidak di nafikan apabila kita menggajikan warga asing sebagai pekerja, agak sukar untuk memastikan mereka mematuhi arahan berkaitan aspek keselamatan ini. Contoh paling mudah adalah pemakaian pakaian semasa bekerja. Pengalaman aku, semasa pekerja warganegara Indonesia bekerja, mereka kurang mementingkan aspek keselamatan seperti bekerja tanpa memakai kasut, lebih suka menanggung beg baja di bahu berbanding menggunakan kereta sorong, penggunaan racun perosak tanpa pakaian keselamatan, penutup hidung dan tanpa sarung tangan, dan mereka juga tidak mementingkan aspek kebersihan.

Berbeza dengan pekerja warga Negara Thailand sekarang, mereka lebih mudah menerima arahan dan perubahan berkaitan aspek keselamatan dan kebersihan di tempat kerja dan di rumah pekerja. Mungkin perbezaan di antara 2 gambar yang di upload boleh memberikan gambaran ke atas pernyataan aku ini.





Pakaian Yang Betul



Pakaian Yang Salah




Hujan

Hampir setiap hari hujan turun sejak bulan ramadhan yang lepas. Pengawalan rumpai dan racun perosak di ladang aku tidak mengikut jadual sepatutnya. Rekod perakaunan 2 bulan terkini menunjukkan penjimatan dari segi perbelanjaan diesel melebihi daripada tambahan perbelanjaan racun rumpai, syukur di atas penjimatan ini cuma dari segi pemandangan ladang, nampak tidak kemas kerana terdapat di beberapa kawasan yang rumput begitu tinggi.

Rumput di kawasan tanaman cili pun tidak sempat dikawal kerana terlalu cepat. Kesan permasalahan ini telah menyebabkan ketidaksuburan tanaman cili. Pada penulisan lepas, aku menjangkakan untuk terus memelihara tanaman cili ini untuk selama 3 bulan lagi. Tapi kini perubahan terpaksa di buat dalam perancangan tanaman dan aku merancang untuk mengantikan tanaman cili ini pada bulan November nanti dengan tanaman bendi bagi pengeluaran bulan januari 2010.

Harga pasaran yang sepatutnya meningkat jika dibandingkan dengan bulan yang sama pada tahun lalu tidak menjadi. Ini disebabkan lambakan kacang bendi oleh beberapa usahawantani setempat. Aku gembira melihat perkembangan ini walaupun dari segi kewangan ladang aku terjejas. Kegembiraan aku kerana pada masa sekarang telah wujud kesedaran dikalangan usahawantani di kawasan ini untuk memasarkan sendiri hasil ladang mereka berbanding pergantungan kepada pemborong **** yang jelas memanipulasi usahawantani setempat. Kesedaran ini seharusnya di tambah dengan keikhlasan untuk bergabung sesama usahawantani pada masa hadapan.

1 comment:

Qhadijah said...

salam,

Saya Nazrul dari Qadhijah Natural Farm. Kami mengusahakan ladang kami dengan menggunakan sistem natural farming yg jauh lebih menjimatkan berbanding dengan sistem konvensional.

Sila refer di www.naturalfarming.com.my dan juga www.organikmalaysia.com.my

terima kasih