Monday, August 10, 2009

Sumbangan Sektor Pertanian

Sektor pertanian kini stabil dan semakin berkembang. Perancangan dan pelaksanaan pelbagai program berteraskan pertanian oleh pihak kerajaan dan penyertaan oleh sektor swasta seperti Ladang kontrak, Pusat Fidlot, Zon Industri Akuakultur dan Taman kekal Pengeluaran Pertanian mampu menyumbang kepada ekonomi Negara. Begitu juga dengan pengeluaran sayur-sayuran, peningkatan aktiviti penanaman jenis sayuran meningkat sejajar dengan pemberian insentif baru kepada petani dan kesan daripada pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi dalam skala yang besar.

Pengeluaran dalam sektor pertanian penting kerana ianya menjadi sumber kepada sector-sektor lain seperti pembuatan dan pemprosesan. Peningkatan ini juga mampu mengurangkan pergantungan kepada sektor lain seperti industri dan membantu dalam mengurangkan pergantungan kepada bahan import.

Pertanian di Malaysia kini menjadi satu bidang yang menjanjikan pendapatan yang lumayan sekiranya diusahakan secara serius. Saban hari, kita disajikan dengan berita mengenai kejayaan usahawantani di seluruh Negara. Penglibatan secara serius oleh individu-individu dari pelbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya. Ini dibuktikan oleh seorang usahawantani dari negeri Johor iaitu penerima anugerah Peladang Jaya Lelaki Peringkat Kebangsaan. Pendapatan bersih kira-kira RM 52000 sebulan daripada hasil sektor pertanian bukan lagi mimpi tetapi reality.


1 Minggu


Dalam bulan ini, aku sempat pulang ke Serdang, Selangor lebih 1 minggu bagi menyelesaikan beberapa urusan berkaitan dokumen syarikat. Sebelum meninggalkan ladang, aku telah menyiapkan jadual kerja yang perlu dilakukan dalam tempoh ketiadaan aku nanti. Kutipan cili semakin bertambah dari hari ke sehari dimana kutipan telah mencapai 90kg dan harga cili juga semakin meningkat berkemungkinan permintaan yang semakin bertambah menjelang sambutan Ramadhan. Tapak Fasa 1 tanaman bendi juga telah siap dimasukkan benih dan jangkaan aku, lagi 2 minggu kawasan Fasa 2 pula akan mula di tanam. Sedikit perubahan dalam perancangan tanaman bendi di mana tanaman dimulakan sebulan awal dari jadual asal perancangan.


Lawatan

Minggu ni juga aku sempat melawat 2 orang sahabat kita yang sama-sama menceburi bidang pertanian iaitu saudara Amir di Labu, Negeri Sembilan dan saudara Dairul di Gombak, Selangor. Aku kagum dengan semangat Amir ( bekas seorang Remisier) yang baru saja kerugian 16000 anak pokok timun yang mati kerana faktor kekurangan air. Walaupun begitu, semangat beliau untuk meneruskan usaha pertanian tersebut dengan memulakan kembali penanaman timun. Sedikit pandangan dan perkongsian aku untuk Amir, kawasan tanah yang masih ada boleh terus diusahakan dengan tanaman peria seperti perancangan asal beliau dan kawasan yang terbiar lagi tu juga boleh terus diusahakan dengan tanaman seperti Kacang Bendi. Jangka masa pertumbuhan Bendi tersebut selari dengan tempoh kutipan Timun nanti dan dijangkakan, apabila timun telah habis dituai, beliau boleh terus memulakan tuaian untuk bendi pula dan diikuti dengan Peria. Dengan 3 orang tenaga kerja sedia ada, aku percaya mereka mampu membahagikan tugas dan masa untuk menjaga ketiga-tiga tanaman itu nanti.

Perjumpaan dengan saudara Dairul pula lebih kepada topik perbincangan berkaitan Baja dan EM. Beliau juga berkongsi pengetahuan berkaitan penternakan ayam Belanda.

Bagi kawan kawan lain yang aku tidak sempat kunjungi, aku mohon maaf . Insyaallah, di lain hari aku akan melawat tapak pertanian korang pula.

No comments: