Aku suka untuk meletakkan sedikit perbezaan diantara petani dan usahawantani. Mungkin corak pemikiran, pengurusan dan attitude bagi kedua-duanya berbeza. Sebagai usahawantani, mereka mungkin mengaplikasikan segala pengurusan dari aktiviti ladang sehingga pemasaran dan ini mungkin berbeza bagi golongan petani dimana mereka hanya menghadkan kepada pengurusan ladang sahaja.
Etika
Sebagai usahawantani, kita harus menitikberatkan nilai etika dari segi akhlak, moral dan tatacara pergaulan walaupun dengan pesaing kita. Memang benar, semasa menghadapi persaingan dalam perniagaan kita, kadangkala kita terlalai dan terlupa dengan beberapa nilai etika yang kita pegang selama ini ataupun kita dengan sengaja mengenepikanya. Selama hampir 2 minggu aku tidak ada di ladang, 2 peristiwa yang aku gambarkan sebagai perbuatan keji telah berlaku dimana seorang usahawantani tempatan yang cuba memasuki pasaran dengan menggunakan strategi harga dan seorang lagi petani bukan melayu yang tidak senang dengan kejayaan bangsa melayu.
Bagi kes pertama, aku memuji kesedaran usahawantani ini untuk memasarkan hasil pertanian sendiri, cuma yang menimbulkan masalah strategi yang digunakan agak melampau dan boleh menyebabkan kerugian besar kepada rakan-rakan lain. Sekiranya beliau mempunyai kesedaran dan menitikberatkan nilai etika dalam perniagaan, aku percaya beliau tidak akan bertindak secara demikian. Ya, memang benar dalam perniagaan kita perlu mengutamakan keuntungan yang maksima dan meneruskan perluasan pasaran tetapi sekiranya tindakan yang dilakukan cuma berjaya memperluaskan pasaran tetapi menyebabkan kerugian, tiada gunanya. Dalam hal ini, aku percaya melalui perbincangan yang akan dibuat nanti, satu kesepakatan mampu dicapai. Mungkin kerjasama dari segi pemasaran boleh dibuat demi kepentingan bersama.
Satu lagi kejadian yang dianggap paling keji ialah sikap irihati dan tidak senang melihat kejayaan bangsa lain. Teguran ini bukan mengambarkan keseluruhan sikap usahawantani atau petani berbangsa cina cuma segelintir mereka yang masih dipemikiran lapuk. Bagaimana konsep 1 Malaysia hendak mencapai matlamat sekiranya golongan ini tidak selesa dengan kemampuan usahawantani Melayu yang terlibat dalam sektor ini. Sudah acap kali segala cubaan yang dilakukan untuk melemahkan semangat aku dalam sektor pertanian ini gagal dan aku bangga setiap kali cubaan dibuat aku berjaya buktikan dengan penghasilan hasil pertanian yang berkualiti. Bermula dengan tanaman Terung, Cili dan Kacang Buncis aku berjaya tunjukkan yang usahawantani melayu berpotensi tinggi sekiranya mereka berada dalam kedudukan dan peluang yang betul.
Namun, kali ini cubaan baru dibuat dengan mengganggu tenaga kerja di ladang aku. Kes yang sama pernah berlaku kepada saudara Munir di ladang tanaman Pisang beliau dimana seorang petani berbangsa cina yang masih berfikiran kolot telah menganggu pekerja supaya berhenti kerja dan mula bekerja pula dengannya. Sikap seperti ini seharusnya kita hindari kerana tidak menguntungkan mana-mana pihak. Namun, sepanjang aku terlibat dalam aktiviti pertanian ini, aku tidak pernah nampak wujud sikap sebegini kepada usahawantani berbangsa cina di bandar-bandar. Mungkin faktor mentaliti yang mempengaruhi corak pemikiran, pengurusan dan attitude bagi kedua-duanya berbeza.
Ladang
Alhamdulillah, peningkatan pengeluaran cili semakin bertambah. Purata kutipan sekarang diantara 70kg ke 90kg dan pada harga RM 7 per kg. Walaupun hampir 15 hari pokok cili aku tidak disembur dengan racun serangga disebabkan faktor hujan pada setiap hari dan tiada waktu yg sesuai untuk meracun. Sekiranya faktor hujan begini berterusan, aku percaya harga sayuran akan melambung tinggi pada 2 bulan akan datang.
Pokok bendi pula dah tinggi lebih kurang setengah kaki. Selalunya pada ketingginan ini, siput amat suka menganggu tambahan dengan faktor hujan sebegini. Buat masa sekarang, pokok belum diletakkan baja dan belum juga diracun dengan racun kulat. Mungkin Tanaman pada kali ini, aku ingin cuba mengawal penggunaan racun dan hanya sekiranya tidak terkawal baru penggunaannya diaplikasikan.
Pokok Buncis juga, telah hampir 2 bulan mengeluarkan hasil. aku rasa minggu ini pokok ini akan dibuang dan digantikan dengan tanaman bendi. memandangkan faktor hujan begini, serangan ulat amat sukar untuk dikawal dan boleh merebak ke kawasan tanaman bendi sedia ada.
Tanaman terung masih mengeluarkan hasil walaupun sudah hampir 3 Bulan. Ini berbeza dgn Tanaman Terung seorang petani disini dimana hanya 2 bulan sahaja dikutip. Mungkin faktor penjagaan dan kualiti biji benih yang baik.
Ramadhan
Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina
Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perkenalan kita selama ini. Selamat Menjalankan Ibadah Puasa – ZEROCREDIT
Thursday, August 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment