Jaminan Bekalan Makanan 2008 yang dilancarkan oleh kerajaan amat memberi keuntungan kepada kita dimana, insentif tunai akan diberikan kepada petani bagi menggalakan peningkatan pengeluaran tanaman makanan seterusnya dapat meringankan beban kos operasi ladang. Kadar yang telah dipersetujui adalah seperti berikut:
Tanaman Sayuran = RM 81.00 / tan metric
Tanaman Buahan = RM 78.00 / tan metric
Beberapa hari yang lepas, Pegawai Pertanian ada datang ke ladang sayuran dan melakukan survey kajian bagi keberkesanan Insentif pertanian yang diberikan kepada petani. Terdapat ura-ura mengatakan yang insentif ini bakal ditamatkan namun tidak dapat dipastikan kesahihannya. Pemberian insentif ini diakui memang membantu golongan usahawantani dalam mengurangkan kos operasi bulanan. Namun sedikit kekecewaan kerana pelaksanaan bantuan ini tidak menyeluruh dan hanya tertumpu kepada petani yang menjalankan pertanian secara komersial. Matlamat sebenar kerajaan untuk membantu petani tidak akan tercapai selagi wujud segelintif petani yang tidak pernah menyedari kewujudan bantuan insentif ini. Terdapat ramai petani luar bandar masih tidak tahu kewujudan insentif ini, contohnya, mereka yang mengusahakan tanaman kontan berskala kecil.
Usaha baik pihak kerajaan melalui Jabatan pertanian dan Pertubuhan Peladang Kawasan memang amat dihargai oleh usahawantani tetapi jangan lah sampai menyalahgunakan kelebihan ini. Wujud sesetengah golongan yang memanipulasikan bantuan ini untuk mengaut keuntungan melalui wang insentif dan banyak permasalahan yang mungkin berlaku akibat ketamakan segelintir golongan ini.
Pada masa sekarang, trend penanaman telah berubah dimana wujud usahawantani yang mengusahakan tanaman tidak lagi berdasarkan keperluan pasaran tetapi hanya bertumpu kepada target pencapaian bagi memaksimumkan berat timbangan. mereka lebih gemar untuk menanam tanaman yang mempunyai berat yang tinggi seperti labu, tembikai, timun dan ubi. Ya, memang benar, berat jumlah timbangan bermakna lebih banyak insentif yang diperolehi. Namun mereka tidak sedar perbuatan ini mengundang berlakunya lambakan dan kejatuhan harga yang melampau.
perbezaan yang ketara dalam permintaan bekalan jenis jenis sayuran dipasaran dengan aktiviti penanaman oleh usahawantani bakal menyebabkan aktiviti pengimportan sayuran secara besaran dari luar negara. Sudah pasti, perbelanjaan import akan semakin meningkat bagi bahan makanan dan seterusnya mengagalkan dasar kerajaan bagi mengurangkan jumlah import sayuran dan buahan dari negara luar.
Pihak jabatan pertanian juga sewajarnya lebih menitikberatkan ketegasan terutama dalam pemberian insentif ini. Perlaksanaan yang terlalu longgar boleh menyebabkan wujud unsur penipuan terutama semasa usahawantani mengisytiharkan jumlah tuntutan bagi insentif ini.
pemberian bantuan insentif ini juga dilihat tidak efisien dimana pemberian insentif bagi sayuran contohnya, Berat timbangan sayur kangkung dan berat timbangan timun.
Bagi keluasan 1 hektar, dengan perbandingan kedua jenis tanaman ini juga begitu ketara dari segi hasil pengeluaran. sudah pasti lebih ramai usahawantani memilih untuk menanam timun berbanding kangkung. 1 hektar tanaman kangkung cuma boleh mencapai sehingga 15000kg tetapi bagi tanaman timun mampu mencecah 70000kg.
timun = (70000kg x RM 0.081) = RM 5670
kangkung = (15000kg x RM 0.081) = RM 1215
walhal, harga diperingkat ladang adalah lebih kurang sama bagi kedua dua tanaman ini iaitu RM 0.50 ke RM 0.60 per kg.
Dari segi pandangan perniagaan, memang benar siapa yang mampu mengambil peluang maka mereka mampu menjana keuntungan tetapi dalam situasi Malaysia yang ingin mewujudkan kestabilan dan meningkatkan bekalan makanan dalam negara, ini jelas bertentangan dengan dasar yang ingin dicapai.
Thursday, July 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Asssalamualaikum.
Saya memang bersetuju dengan pandangan tuan.
Saya rasa Jabatan Pertanian hanya menumpukan tanaman tertentu sahaja dan tanaman yang ditanam pada skala besar.
Contohnya, saya sendiri. Peringkat awal saya mengusahakan tanaman cili secara fertigasi nie memang terlalu perit. Saya dan abang saya ditendang seperti bola apabila kamu ke Pejabat Pertanian. Bermula dari Pejabat Pertanian Teluk Intan, Pejabat Pertanian Degong dan Pejabat Pertanian Lekir. Ketiga Pejabat pertanian nie tendang kami macam bola. Bila kami datang sini, mereka suruh pergi sana. Bila pergi sana mereka suruh ke tempat lain pula.
Lastly, Jabatan Pertanian suruh kami jumpa ngan orang yang mengusahakan tanaman cili lain untuk belajar. Memang kami rasa fedup.
Akhirnya kami ke Pejabat Pertanian Changkat Jering dan berjumpa dengan En. Nizam. Dia dan rakan-rakannya banyak membantu kami.
Kami juga ada memohon kursus yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian tetapi sampai sekarang hampa. Mungkin mereka ada kepentingan bila menjalankan kursus kot.
Sama juga bila saya dan abang meminta bantuan racun. Jabatan Pertanian hanya melayan pengusaha tanaman yang berskala besar sahaja. Mereka tidak melayan pengusaha tanaman kecil seperti kami yang sememangnya kekurangan modal.
Kami sangat berharap Jabatan Pertanian dapatlah lebih ikhlas dan mengambil berat pengusaha tanaman berskala kecill seperti kami.
Post a Comment