Monday, July 20, 2009

Lelong...Lelong...Lelong

Terminal Makanan Negara (Teman)

“Pasar borong moden itu akan menggunakan konsep lelongan sama seperti di Bursa Saham kerana memang hasrat kami untuk meningkatkan kesedaran di kalangan petani dan pembekal produk pertanian supaya menghasilkan sayuran juga buah-buahan yang bermutu dan segar” - Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Fama


Projek Terminal Makanan Negara yang terletak di Simpang Pulai berkeluasan 50 hektar bakal menjadi pusat pertemuan terpenting antara usahawantani dan pelanggan. Kompleks yang dilengkapi dengan “board electronic” dan urusniaga yang dijalankan secara lelongan memudahkan urusan penjualan terus kepada pengguna. Konsep lelongan seperti ini memang memberi kesedaran dan motivasi kepada usahawantani dalam meningkatkan mutu pengeluaran ladang mereka.

Menjadi kebimbangan kepada usahawantani sekiranya Terminal Makanan ini menjadi tempat lambakan untuk sayuran import dimana hanya sedikit keuntungan dan peluang yang berjaya diraih usahawantani tempatan memandangkan fokus pemasaran dan penyertaan lebih tertumpu kepada pemborong namun usahawantani harus mempunyai kesedaran untuk mengambil peluang ini secara terus terutamanya usahawantani bumiputera. Kita sedar, penglibatan golongan bumiputera dalam bidang pemborongan hasil pertanian masih sedikit. Peluang ini seharunsya diambil oleh usahawantani yang mengusahakan pertanian secara komersial untuk terus memasarkan keluaran mereka secara terus kepada pelanggan tanpa menggunakan khidmat orang tengah.

Terminal Makanan Negara ini perlu mempunyai sistem pembangunan aplikasi yang baik terutama dari segi permasaran dan maklumat. Mungkin pemasaran secara online atau sistem lelongan secara online dimana pelanggan boleh terus membida hasil pertanian yang dikehendaki hasil daripada maklumat dan pengesahan daripada agensi kerajaan yang telah menjalankan siasatan mutu dan kualiti hasil pertanian tersebut.




Aktiviti Ladang

Alhamdulillah, cili telah mengeluarkan hasil dan mula dipasarkan pada harga Rm 6.50 per kg. Peningkatan harga cili selepas mengalami kejatuhan teruk 2 bulan lepas dimana harga ladang bagi cili ialah Rm 0.80 per kg. Harga cili berkemungkinan terus meningkat memandangkan kekurangan cili dipasaran dan ketibaan bulan puasa pada bulan ogos nanti. permintaan terhadap cili yang terlalu tinggi juga menentukan peningkatan harga nanti namun dikhuatiri apabila permintaan terlalu tinggi ini, menyebabkan peningkatan import cili daripada Thailand dan indonesia seterusnya menyebabkan harga cili akan kembali menurun.

perancangan untuk tanaman bendi pada musim akan datang telah siap, cuma belum dilaksanakan kerana pokok bendi sekarang masih mengeluarkan hasil walaupun sudah hampir 4 bulan. Actually, pokok-pokok ini banyak yang dah "monopouse" cuma belum dibuang kerana target pengeluaran seterusnya adalah pada beberapa bulan lagi. so, bagi mengelakkan pengeluaran pada 2 bulan akan datang, adalah lebih baik pokok-pokok bendi sedia ada sekarang dibiarkan dulu, lagi pon hasil pengeluarannya masih mampu menampung kos operasi.

Kacang buncis pula dijangka boleh dituai pada minggu hadapan dan terung masih lagi mengeluarkan hasil. tiada perancangan rapi untuk kedua-dua jenis tanaman ini sebaliknya hanya pengumpulan data pertanian untuk rekod pada masa hadapan.

No comments: