Wednesday, June 10, 2009

Pembangunan Tanah Terbiar

Pembangunan Tanah Terbiar



Tanah terbiar ditakrif sebagai tanah milik yang tidak diusahakan selama dua tahun berturut-turut. Terdapat kira-kira 34,362 hektar tanah terbiar di Semenanjung Malaysia dan daripada jumlah tersebut hanya 12,155 hektar sahaja (berkeluasan melebihi 10 hektar) yang berpotensi untuk dibangunkan dengan aktiviti pertanian. Majoriti tanah ini adalah tanah bekas sawah yang tidak lagi diusahakan disebabkan kekurangan infrastruktur asas disamping pemilik yang telah tua, tanah yang mempunyai banyak penama dan pemilik tinggal di luar kawasan.

Ekoran kenaikan harga minyak dan peningkatan harga barangan keperluan, kerajaan mengambil langkah drastik untuk membangunkan tanah terbiar sebagai satu sumber bagi meningkatkan pengeluaran bahan makanan negara. Ini diperlihatkan dengan tambahan peruntukan sebanyak RM 48 juta bagi pembangunan tanah terbiar yang melibatkan Jabatan Pertanian di bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan (DJBM)(2008-2010) sementara di bawah peruntukan sedia ada Projek Kawasan Tumpuan Pembangunan Pertanian (ACDA), sebanyak RM 30 juta telah diperuntukkan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan bagi pembangunan tanah terbiar dalam tempoh RMKe-9 ialah sebanyak RM 78 juta.

Konsep pembangunan tanah terbiar melibatkan persetujuan tuan tanah untuk mengusahakan sendiri atau menyewakan kepada usahawan untuk dimajukan secara ’profit sharing’. Jabatan Pertanian sebagai agensi peneraju menggemblengkan kepakaran, sokongan dan perkhidmatan jabatan/agensi di bawah MOA Inc. bagi membangunkan tanah terbiar. Dalam tahun 2008, peruntukan sebanyak RM 5 juta diterima di bawah DJBM untuk membangunkan tanah terbiar di 28 lokasi yang berkeluasan 250 hektar dan RM 12.5 juta bagi membangunkan kawasan seluas 1,276.13 hektar di 26 lokasi melalui Projek ACDA. Tanaman yang diberi fokus adalah tanaman yang cepat mengeluarkan hasil seperti sayur-sayuran dan yang mempunyai aktiviti rantaian nilai (supply chain).

Pembangunan tanah terbiar dapat meningkatkan pendapatan pengusaha dan sekaligus dapat meningkatkan pengeluaran bahan makanan negara. Usaha ini dapat dicapai dengan komitmen dan kerjasama sepenuhnya dari semua pihak yang terlibat agar pembangunan tanah terbiar ini menjadi kawasan yang produktif dan mapan.

(credit to www.doa.gov.my)



Projek Tanaman Pisang Berangan 10 hektar (24 Ekar)

Alhamdulillah, aku baru sahaja bertemu dengan En Roslin iaitu pegawai pertanian dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK Changloon). Beliau menawarkan untuk aku mengambil tempat dalam projek pertanian di bawah Jabatan pertanian melalui Program Pembangunan Tanah Terbiar. Melalui program di kawasan ini, hanya 3 jenis tanaman yang diberikan tumpuan iaitu, Tanaman Pisang, Tanaman jagung dan Tanaman tembikai.
Memandangkan risiko kepada tanaman dan komitment kepada masa, aku memilih untuk menjalankan projek tanaman pisang.

Pada masa sekarang, aku sibuk menyiapkan kertas kerja bagi projek tanaman pisang ini. Perancangan untuk membuka ladang tanaman pisang seluas 10 hektar di kawasan berdekatan ladang sayuran sekarang. Lokasi tapak masih dikenalpasti dan urusan dengan pemilik tanah sedang diuruskan.

Mungkin pada kali ini, aku berminat untuk bekerjasama dengan FAMA dalam aktiviti permasaran dan aku berminat untuk menyertai ladang kontrak di bawah bimbingan FAMA bagi projek tanaman pisang ini nanti.

Aku dimaklumkan yang peruntukan untuk projek tanah terbiar ini akan disalurkan oleh kerajaan bagi 4 jenis iaitu:

1. bantuan untuk penyediaan tanah termasuk membersihkan hutan, plough dan batas.
2. bantuan untuk penyediaan sistem pengairan dan perparitan.
3. bantuan untuk sistem paip dan mesin
4. bantuan baja

Aku akan sentiasa update perkembangan terkini berkaitan projek tanaman pisang berangan ini nanti.

No comments: