Saturday, June 20, 2009

El Nino

El Nino

Ramai dikalangan kita tidak menyedari perubahan iklim yang bakal berlaku semasa El Nino. Aku sendiri tidak pasti apakah dan bilakah sebenarnya situasi ini bakal berlaku, namun apa yang diketahui hasil dari pembacaan adalah seperti berikut. Apabila El Nino ini berlaku, aktiviti ribut petir akan berpindah dari pasifik barat ke kawasan tengah dan timur dimana pergerakan tadi akan menghasilkan cuaca yang panas dan kering di luar kebiasaan terutama di Negara kita Malaysia, Indonesia, Australia dan Filipina.

Keadaan cuaca sekarang memang sukar nak kita tentukan, berdasarkan rekod dalam simpanan aku, pada tahun lepas, masih ada hujan pada bulan ni, tetapi tahun nie, bulan jun nie panas sangat. Risau juga pada tanaman cili yg bakal mengeluarkan hasil bulan depan nanti.. agaknya, apa khabar usahawantani kat tempat lain kan, ramai juga yang mengeluh kerana pokok dan tanaman mereka hampir mati kerana tak cukup bekalan air dan cuaca yang melampau panas.

No comments: