Lambakan
Aku pernah meluahkan pandangan berkaitan lambakan pada penulisan yang lepas cuma kali ini adalah lebih baik aku menjelaskan secara terperinci berkaitan permasalahan ini terutama dari segi punca, kesan dan alternative mengatasi masalah ini. Lambakan sayuran di Negara Malaysia berpunca daripada banyak factor seperti kewujudan usahawantani baru, sikap pengguna, manipulasi oleh pemborong atau orang tengah. Tetapi yang paling utama adalah kerana kita kekurangan pengetahuan berkaitan hukum ekonomi.
Sikap pengguna di Malaysia yang mudah berminat pada barangan yang murah dan tidak mempunyai jaminan kualiti keselamatan menjadikan Malaysia sebagai sasaran mudah lambakan sayuran. Ini memberikan peluang kepada pengimport untuk membawa masuk barangan yg murah dan tidak mengikut piawaian. Manipulasi keuntungan yang melampau ini menyebabkan banyak pihak terutama usahawantani mengalami kerugian.
Pada pandangan aku, Lambakan cili di pasaran ketika ini berpunca daripada sikap kita sendiri di kalangan usahawantani. Pengetahuan yang tidak jelas berkaitan hukum ekonomi dimana tiada penekanan terhadap konsep permintaan dan penawaran menyebabkan kita tidak bijak dalam membuat perancangan. Kewujudan penanam-penanam cili segera dengan berkonsepkan fertigasi boleh diibaratkan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.
Hukum penawaran
Kebergantungan kepada hukum penawaran juga menyebabkan kejatuhan harga cili kerana kebanyakan usahawantani meletakkan harapan yang tinggi melalui penawaran yang melampau. Tambahan pula faktor penentu penawaran yang dimainkan oleh golongan pemborong atau orang tengah di mana mereka menyimpan barangan pada harga yang lebih rendah dengan harapan melambakkannya di pasaran pada harga tinggi. Ini yang dipanggil sebagai pengeseran penawaran. Ini berlaku apabila harga yang semakin meningkat menyebabkan peningkatan penawaran oleh pengusaha tanaman. Begitu juga sebaliknya. Pada pandangan aku, situasi ini amat merugikan kerana, sebagai usahawantani, kita perlu bijak memanipulasi hukum penawaran ini. Contohnya, tempoh masa untuk menanam tanaman cili ialah 3 bulan. Bila masa yang sesuai untuk kita mula menyemai benih cili??? Ok, mcm nie, pada harga cili yang terlampau rendah ( di bawah RM 1 per kg ) kita mula meyemai dan menanam cili tetapi bukannya pada harga cili yang sedang tinggi.
Hukum Permintaan
Dalam hokum permintaan, kita mengandaikan factor lan adalah tetap tetapi dalam keadaan sebenar pasaran sayuran, sukar untuk kita tentukan. Kebanyakan hukum permintaan adalah bersifat tidak mutlak. Contohnya, apabila harga meningkat, permintaan terhadap barangan itu akan menurun dan sebaliknya. Jadi, sekiranya kita usahawantani bijak memanipulasi hukum permintaan ini, kita mampu menjana keuntungan lebih bagi setiap hasil pertanian dari ladang kita. Namun kita juga harus sedar dan peka kepada penentu bagi hokum permintaan ini seperti kewujudan barang pengganti walaupun tidak banyak pengganti bagi barangan jenis sayuran ini.
Saturday, May 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment