Pentingkah koperasi diwujudkan untuk usahawantani?
kalau kita perhatikan, kebanyakan koperasi yg wujud atas kepentingan tertentu beberapa pihak sahaja. (maaf kalau pandangan saya berbeza dgn kwn kwn) tetapi berapa ramai yang sedar betapa pentingnya sesebuah koperasi tersebut yang menjadi wadah ekonomi kepada ahlinya? Penubuhan sesebuah koperasi pada masa sekarang lebih kepada aktiviti bersifat sosial berkemungkinan kerana pemahaman kita atas kepentingan organisasi ini telah diserap dengan ideologi kapitalisme.
Koperasi mampu menjadi perusahaan yang menguntungkan ahli ahlinya sekiranya pengurusan dan pentadbiran yang baik diuruskan oleh golongan profesional tanpa campur tangan ahli secara terus. Cadangan aku adalah seperti berikut:
1. pembelian syer oleh ahli. (terbaik sekiranya pembelian syer sama rata )
- pengurusan adalah dikalangan profesional yang tiada kepentingan kecuali lembaga pengarah.
2. menjalankan perniagaan baja/benih/racun
- jadi ahli koperasi dapat membeli dengan harga diskaun (harapan aku harga lebih murah dari pasaran)
- wujud petani yang menjual semula baja subsidi /racun subsidi yang diperolehi daripada bantuan kerajaan, so koperasi boleh membeli semula daripada petani-petani kecil tadi dan menjual kepada ahli
3. menjalankan perniagaan pemborongan & peruncitan
- koperasi boleh menjadi pusat pengumpulan hasil pertanian ahli-ahli. Dimana koperasi akan memasarkan hasil pertanian (packaging & branding).
- pemasaran
4. menjalankan kursus / latihan pertanian dengan bayaran yg setimpal.
- ramai dikalangan ahli mahir dalam bidang tanaman masing masing. jadi tiada masalah dalam mencari tenaga pengajar.
Koperasi Agro Jerlun
Aku sendiri telah mendaftarkan diri sebagai ahli sebuah koperasi yang baru iaitu Koperasi Agro jerlun. Minggu lepas, aku telah menghadiri mesyuarat pertama Koperasi Agro jerlun dan sempat berkenalan dengan beberapa ahli lain. Harapan aku agar badan koperasi ini mampu membantu ahli ahli terutama golongan petani di kawasan ini.
Wednesday, May 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment