Friday, April 10, 2009

Kabinet 2009 - Halatuju Pertanian Negara

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Menteri: Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim



Halatuju

Pelbagai pendapat dan andaian yang dibuat selepas pengumuman senarai kabinet yang baru dan aku sebagai usahawantani, lebih berminat untuk menumpukan perhatian dan memberi pandangan kepada 2 kementerian sebelum ini iaitu Kementerian usahawan dan koperasi dan Kementerian Pertanian.

Satu kejutan apabila MECD dibubarkan dan peranan MECD diletakkan dibawah MITI dan yang dibawah kementerian luar bandar pula ialah MARA dan TEKUN dan secara jujurnya aku tidak bersetuju kerana MECD begitu berperanan dan penting dalam membantu golongan bumiputera.

Jawatan Menteri Pertanian yang diberikan kepada Datuk Noh Omar yang kita sedia maklum semasa beliau memegang tampuk MECD berjaya membekukan pinjaman MARA & TEKUN kepada usahawantani atas alasan pinjaman tidak berbayar. Namun aku masih juga menaruh harapan agar kepimpinan baru dalam Kementerian Pertanian ini mampu membuka lebih peluang dan menyalurkan lebih banyak bantuan kepada petani.



Ribut Petir

Hujan lebat dan petir selama hampir 3 minggu sejak penghujung bulan Mac lalu dikawasan utara. Banjir juga telah berlaku 2 kali dan menenggelamkan Pam air dan merosakkan beberapa kawasan tanaman bendi. Peristiwa yang berlaku ini memungkinkan berlakunya kenaikan harga sayuran pada 2 bulan yang akan datang terutama sayuran berbuah seperti cili, bendi dan kekcang. Pada masa sekarang juga harga sayuran berdaun seperti Sawi / kailan / kangkung dan bayam meningkat mendadak. harga sawi menigkat sehingga RM 2.80 per kg. wow!!! aku percaya harga ini akan terus meningkat beberapa mingggu akan datang tambahan faktor sayuran import dari Thailand akan berhenti bermula pada minggu hadapan kerana Pesta Songkran.

Aku amat mengharapkan peningkatan harga bagi sayuran bendi , timun dan kacang panjang atas faktor ini tambahan pengeluaran timun dan k. panjang di ladang aku baru bermula dan aku menjangkakan tanaman bendi mula mengeluarkan hasil bermula 25 April nanti.

Keadaan hujan yang lebat kebanyakan nya disebelah petang sehingga malam juga menyebabkan keberkesanan kawalan perosak keatas tanaman aku berkurang. Alhamdulillah, walaupun kurang menggunakan racun perosak, kualiti pokok begitu baik berbanding tanaman sebelum ini.

1 comment:

Anonymous said...

MECD kalau bubar mesti digantikan dengan yang lain. Saya rasa perananya lebih kurang sama dengan kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah. Apa yang pasti MECD telah banyak menyumbang kemajuan kepada usahawan-usahawan kecil macam saya. Saya mendapat kursus sahaja dari MARA (bawah MECD) dengan bayaran RM 50 lepasan universiti dan sekarang saya boleh mendapat pendapatan dalam lingkungan RM150,000 setahun selepas tolak kos semua. Bayangkan saya adalah bekas pelajar universiti mendapat Third class universiti tempatan boleh berjaya macam kawan2 saya yang kerja kerajaan dan berkerja dengan sektor swasta. MARA di bawah MECD mengajar saya supaya tidak mengharapkan projek dari kerajaan atau subsidi. Saya telah berjaya. Modal awal saya mulanya RM 500.00 sahaja. Berkat dorongan MARA, usaha-usaha road show dan sebagainya saya telah mempunyai 3 cawangan kedai dalam tempoh 3 tahun.

Hidupkan semula agensi yang menjaga usahawan bumiputer. Supaya Lebih ramaikan lagi bumiputera mencipta kerjaya sendiri.