Monday, March 30, 2009

Kursus 2009

Assalammualaikum, minggu nie aku berada di kuala Lumpur kerana menghadiri 2 kursus iaitu Kursus Pengawalan Racun Perosak anjuran Jabatan pertanian dan satu lagi kursus ialah Kursus Pemborong & Peruncitan anjuran INSKEN, MECD.


Sayuran Berbuah.

Selama 1 minggu ini juga, 3 daripada 5 orang pekerja di ladang sayuran ini pulang ke Thailand untuk memperbaharui Pas Sempadan. Namun, operasi ladang sayuran aku masih beroperasi dengan baik. Tanaman Bendi sebanyak 11000 pokok telah menunjukkan perkembangan yang amat baik walaupun berlaku sedikit masalah dari segi serangan semut. Tanaman Terung panjang dan Cili telah disemai dan dalam tempoh 3 minggu lagi, tanaman ini boleh dipindahkan ke tapak tanaman. Bagi tanaman timun pula, aku menggunakan benih yang di berikan oleh Abg Mat ( forum BJ ) dan pada kali ini, aku merekodkan setiap perkembangan bagi tanaman timun ini terutama dari segi percambahan dan kualiti varieti ini. Tanaman kacang panjang pula telah mengeluarkan hasil dan dari segi rekod lepas benih yang aku gunakan mampu menghasilkan pengeluaran selama 3 bulan.


Cuaca (hujan)

Pada masa sekarang, hujan dengan lebat di sebelah petang dan kadang kala berlarutan sehingga sebelah malam namun keadaan cuaca di waktu pagi dan tengahari amat baik. Hujan lebat pada sebelah petang tadi menyebabkan air banjir di sesetengah kawasan di ladang aku. akibatnya, enjin pam air telah ditengelami air, namun, alhamdulillah selepas menukar minyak enjin, pam tersebut berfungsi seperti sedia kala. keadaan cuaca begini membuatkan kami berada dalam keadaan berjaga-jaga dan sentiasa memerhatikan aliran anak sungai. Untuk pengetahuan kawan kawan, sumber utama air di ladang ini ialah aliran anak sungai dari kaki bukit. selepas berlaku hujan lebat, air yang terkumpul dari kawasan bukit akan mengalirkan keseluruhan ke kawasan ini dan berkemungkinan banjir seperti ini akan berlaku lagi.



Kursus Pengawalan Racun perosak

Pada 28 Mac 2009, satu kursus mengenai kawalan dan penggunaan racun perosak secara berhemah telah diadakan di Rumah Johor, Taman Pertanian Serdang, Selangor. Antara perkara asas yang menjadi topik pengajaran adalah seperti berikut penggunaan racun perosak yang betul dengan kadar/dos yang tepat dan pada masa yang sesuai dengan menggunakan alatan yang betul. Kursus ini bagi memastikan racun makhluk perosak diuruskan secara berkesan selari dengan kehendak pembangunan dengan mengambil kira aspek keselamatan kepada manusia dan alam sekitar.


Kursus Pemborong Dan Peruncitan

Insyaallah, aku aku akan menyertai kursus pemborong dan peruncitan anjuran INSKEN, MECD bermula dari 31/3 hingga 2/4 bertempat di Regency hotel, kl. Tentatif sepanjang kursus ini begitu menarik dan diharapkan, segala ilmu yang diperolehi nanti dapat membantu untuk aku membuka pusat borong sayuran di kawasan utara ini.


Harapan

Perhimpunan Agung UMNO dan pemilihan pucuk pimpinan parti baru selesai, walaupun aku tidak terlibat secara aktif dalam arena politik namun aku masih meluangkan masa memerhati perubahan dan pembaharuan dalam pucuk pimpinan dimana perubahan ini membawa kesan dalam pentadbiran negara. Namun semuanya masih diperingkat awal dan aku masih menantikan samada berlaku perubahan dalam barisan kabinet yang bakal berlangsung pada 8 april nanti. Adakah, Menteri Kementerian Pertanian dan Indstri Asas Tani digantikan seterusnya dasar dan halatuju MOA di rombak?

No comments: