Alhamdulillah, Selepas berbincang dan meneliti segala peluang dan kemampuan, akhirnya aku bersetuju untuk membuka ladang baru dalam masa terdekat ini. Faktor lokasi tapak ladang, Jenis tanaman dan Kos memainkan peranan penting dalam keputusan ini. Tapak ladang yang terletak berdekatan dengan ladang sekarang, perancangan tanaman cili bagi sasaran pengeluaran bulan Julai nanti dan kos yang mampu dibiayai, dimana kos membuka ladang baru ini mencecah RM 15000. Aku menggunakan wang baki pinjaman daripada Agro Bank pada tahun lalu sebagai modal tambahan untuk membuka ladang baru ini. aku berterima kasih kepada tuan tanah kerana memberi izin menggunakan tanah seluas 3.5 ekar itu tanpa mengenakan sebarang caj. Terima Kasih.
Sistem bekalan
Kali ini, Perancangan, kawalan dan bekalan akan dibuat dengan cekap berdasarkan maklumat pasaran tahun 2008. konsep yang paling penting dalam sistem yang cuba diamalkan kali ini, adalah rangkaian operasi bermula dari pengeluaran sehingga kepada pengguna akhir. Perkara paling penting dalam sistem ini adalah logistik. Walaupun tiada persediaan yang mantap untuk menampung permasalahan yang bakal wujud akibat pergerakan sistem ini nanti, aku akan tetap meneruskan idea ini.
Sokongan
Aku juga mengharapkan sokongan daripada kawan kawan usahawantani agar bersama-sama berganding dan bekerjasama dalam merealisasikan usaha untuk menentukan sendiri nilai harga hasil pertanian kita. Kita boleh bekerjasama bermula daripada aktiviti penyusunan jadual penanaman sehingga kepada aktiviti pemasaran. Kemahiran untuk memfokuskan sesuatu tanaman kita jadikan keutamaan dalam kumpulan kecil ini dan harapan aku agar mendapat sambutan daripada rakan usahawantani lain.
Ladang cili 3.5 ekar
Ladang baru yang akan dibuka nanti akan menggunakan sistem pengairan titis dengan menjadikan RO tape sebagai pilihan. aku juga mengalu-alukan pandangan dan nasihat daripada kawan kawan untuk ladang baru yg bakal dibuka pd bulan hadapan.
Friday, January 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment