Keadaan cuaca yang panas dan tiada hujan selama hampir 2 bulan ini menimbulkan beberapa masalah terutama dalam penyiraman kepada sayuran. Seperti sedia maklum, ladang sayuran ini menggunakan sistem perpaipan dan sprinkler untuk menyiram tanaman. penggunaan sistem ini juga menymbang kepada permasalahan ini kerana dengan menggunakan sistem sprinkler, jumlah air yang disiram dan diperlukan adalah banyak berbanding menggunakan sistem drip tape.
Kering
Anak sungai dari kaki bukit yang menjadi sumber utama air di ladang ini juga telah kering dan tidak lagi mengalir. Keadaan kemarau pada tahun ini adalah yang terburuk seperti yang diberitahu oleh penduduk setempat. Bagi mengatasi masalah ini, kami terpaksa mencatu bekalan air dimana penyiraman tanaman bendi dan kacang panjang hanya di lakukan selang sehari berbanding penyiraman untuk sayuran daun yang hanya boleh disiram sehari sekali.
Membina empangan kecil
Bagi mengatasi masalah ini juga, satu empangan kecil telah dibina bagi mengumpul air dan bekas kolam yang terdapat di ladang ini menjadi sumber pembekalan air kedua. Cuma yang menimbulkan kerisauan aku ialah, empangan kecil ni juga mampu menyebabakan kawasan rendah di ladang ini ditengelami air sekiranya berlaku hujan lebat nanti.
Pengeluaran
Pada masa sekarang, pengeluaran sayuran kangkung, bayam dan sawi belum cukup menampung permintaan di kawasan ini. bagi sayuran bendi, peningkatan harga sehingga RM 4 per kg menyebabkan ramai petani di sini berminat untuk mula menanam bendi. Harga luar kawalan bagi cili begitu menarik kerana di sesetengah kawasan harga pasaran bagi cili mencecah RM 14 per kg.
Lambakan
Seperti tahun lepas, pada musim kemarau ini ramai petani kampung yang beralih kepada tanaman sayuran daun daripada tanaman jagung sebelum ini. mungkin kerana faktor peningkatan harga terutama bagi sayuran sawi dan bayam sejak bulan November lepas. Proses ini bakal menyebabkan berlakunya lambakan sayuran pada bulan hadapan seterusnya menekan harga ke paras terendah. Sekiranya dikalangan kita usahawantani mampu menjalinkan kerjasama dan mencuba untuk memahami konsep ekonomi dan pasaran, masalah yang bakal berlaku nanti boleh di atasi. harapan aku agar pasaran pada tahun ini kekal seperti rekod tahun lepas kerana perancangan sepenuhnya bagi tanaman tahun ini dijadualkan berdasarkan rekod pemerhatian dari tahun lepas.
Tuesday, January 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment