Tuesday, December 30, 2008

Salam Maal Hijrah 1430 & Happy New Year 2009

Amalan Komunikasi Berkesan

Sikap Positif dan Kepercayaan

Sentiasa berfikiran positif dan memberi kepercayaan kepada pekerja kita adalah perlu namun ianya perlu dihadkan atas beberapa urusan sahaja dan bukanya pada keseluruhan operasi ladang. Pengalaman aku, aku pernah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pekerja bagi perjalanan operasi dalam ladang, dan kerana itu byk kerugian tersembunyi yang aku hadapi. Bagi rakan-rakan baru yang mula untuk bergiat aktif dalam pertanian, anda akan berhadapan dengan kerenah pekerja yang sukar kerana perbezaan mentality dan pemahaman. Hadkan kepercayaan kepada pekerja kita dan kurangkan berfikiran positif dimana maksud aku, kita perlu sentiasa berhati-hati dan wujudkan sedikit pemikiran negative dalam perhubungan dengan mereka.


Hormat dan Ramah

Menjadi seorang majikan yang menghormati dan ramah terhadap pekerja memang sangat disenangi oleh pekerja kita. Kadang, ada dikalangan pekerja kita yang jauh lebih berumur dan mungkin berlaku sikit kesukaran dalam berkomunikasi. Mungkin aturan yang sesuai adalah dengan menghormati pekerja kita yang lebih berumur dan mesra dengan pekerja yang seusia atau lebih muda. Elakkan perasaan hormat yang melampau kerana itu akan mempengaruhi arahan kita kepada mereka dan hindarkan hubungan yang terlalu ramah kepada pekerja yg muda usianya dari kita kerana mereka akan keliru dengan arahan atau bahasa kita.


Bahasa yg mudah difahami

Tenaga kerja dari pelbagai sumber Negara mungkin menjadi kerumitan kecil dalam kita berkomunikasi dan memberi arahan terhadap kerja-kerja di ladang kita. Penggunaan bahasa yang paling mudah dan senang perlu agar pekerja kita faham akan kehendak dan kemahuan kita sebagai majikan dalam menjalankan kerja. Pada peringkat awal aku membuka ladang sayuran nie dulu, aku menggunakan pekerja Indonesia, memang tiada masalah dalam memberi arahan kerana bahasa yang mudah difahami oleh aku dan pekerja aku.


Arahan yg jelas dan tegas

Sebagai majikan, setiap arahan berkaitan bidang kerja di ladang perlu jelas dan tegas. Pengalaman aku, apabila kita berurusan dengan pekerja yg mempunyai mentaliti yg jauh lebih rendah, sekiranya arahan yg kita berikan tidak difahami dan longgar, hasil kerja akan teruk. Pernah berlaku di ladang aku, apabila arahan yg aku berikan tidak tegas walaupun amat jelas namun pekerja gagal melaksanakannya kerana pada mereka arahan itu seperti tidak penting dan pernah juga berlaku, arahan yang aku berikan sangat tegas tetapi tidak jelas dimana mereka tidak faham tujuan arahan tersebut dan kepentinganya kemudian, kerja yang diberikan langsung gagal dan menimbulkan konflik. Setiap arahan yang tegas diikuti dengan disiplin tinggi perlaksanaannya akan menentukan kejayaan sesuatu target itu.


Gerakan fizikal / isyarat dan memek muka

Komunikasi akan lebih berkesan sekiranya kita menggunakan beberapa pergerakan fizikal yang sesuai, isyarat yang lebih jelas diikuti dengan memek muka kita bergantung kepada situasi dan keadaan emosi.



Salam Maal Hijrah 1430 & Happy New Year 2009

1 comment:

General Manager said...

SELAMAT TAHUN BARU DARI KAMI, PKK ENTERPRISE!

p/s: Nak order cili, jangan lupa kontek kami!