Saturday, December 20, 2008

Pembajaan

Kepentingan pembajaan tambahan amat penting untuk sesuatu tanaman. Sesuatu tumbuhan memerlukan sumber baja bagi membantu dalam kesuburan dan aktiviti pengeluaran hasil yang baik dan berkualiti. Kita sedia maklum mengenai kepentingan baja tambahan sebagai unsur pemakanan kepada tumbuhan dan tanaman kita. Baja NPK 15:15:15 / NPK 12:12:17 / NPK 16:16:16 / NPK 12:6:26:2+B+te adalah pelbagai jenis baja yg boleh didapati di pasaran sekarang. Namun kita mungkin kurang mahir mengenai kepentingan unsur unsur yang diperlukan oleh tanama kita...dan seringkali kita keliru dalam pemilihan baja baja tersebut. Mungkin penulisan kali ini aku cuba huraikan sedikit maklumat yang diperolehi mengenai unsur yg terdapat dalam setiap jenis baja tersebut. Mungkin aku boleh bermula dengan 3 unsur penting dahulu iaitu Nitrogen, Fosforus dan Kalium (NPK). Bagi unsur baja ini NPK 12:6:26:2+B+te aku akan terangkan kemudian hari..kerana penggunaan unsur tambahan seperti Boron, sulfur , kalsium dan besi ini masih dalam tempoh percubaan ke atas tanaman timun di ladang sayur ini.


Nitrogen (N)
Nitrogen amat penting dalam membantu tumbuhan terutamanya dalam membentuk asid amino melalui enzim didalam sel tumbuhan. Nitrogen yang cukup perlu bagi memberikan warna 'hijau' kepada tumbuhan yang dapat dilihat melalui daun daun tumbuhan. Proses ini terjadi melalui pembentukan klorofil. Unsur nitrogen begitu mudah larut didalam air dan factor kekerapan air melalui system siraman akan meyebabkan unsure ini mudah hilang samada melalui akar ataupun daun. Unsur nitrogen terlalu tinggi boleh menyebabkan kesan terbakar kepada pokok dan mengurangkan hasil buah. Namun begitu, sekiranya unsure ini berkurangan, kita bole lihat melalui pertumbuhan pokok tersebut dimana pokok akan memjadi lambat membesar dah daun akan bertukar kekuningan dan gugur.



Posforus (P)
POSFORUS (P) begitu penting dalam membantu menguatkan system daya tahan sesuatu tumbuhan. Posforus membantu dalam proses pertumbuhan akar dan pengeluaran bunga. Sekiranya sesuatu tumbuhan itu kurang mendapat fosforus, tumbuhan tersebut boleh terbantut seterusnya buah akan lambat matang dan pokok tersebut akan lambat mengelarkan hasil. Ini dapat dilihat melalui warna daun pokok tersebut.



Kalium (K)
Kalium (K) membantu tumbuhan dalam proses penyuburan melalui pengeluaran gula, protein dan karbohidrat dan lain lain yang diperlukan oleh sesuatu tanaman. Kalium penting dalam proses pembugaan dan tumbesaran . Ia juga membantu sistem ketahanan sesuatu pokok dan mengatur penggunaan kada air yang diperlukan. Kekurangan kalium boleh menyebabkan tumbesaran tanaman tadi terbantut dan kesan utama yang dapat dilihat ialah kesan kekuningan daun.


Tempoh Pembajaan.

Secara jujur, aku sendiri masih kurang mahir dalam pembajaan bagi setiap tanaman di ladang ini. cuma bagi tanaman sayuran berbuah, aku amalkan pembajaan setiap 1 minggu bagi memastikan kualiti dan kuantiti hasil yang dikeluarkan. Harapan aku, ada kawan kawan yg sudi berkongsi maklumat mengenai pembajaaan disini.

No comments: