Pemilihan tenaga kerja yang bersesuaian dan tepat amat penting dalam pengurusan ladang terutama bagi sesuatu jenis tanaman. Bagi tanaman sayur-sayuran, aku berkeyakinan yang bangsa Jawa dan Lombok dari Indonesia dan Bangsa Thai dari daerah Nang atau Lau iaitu sempadan Thailand-Laos amat sesuai kerana beberapa faktor seperti mempunyai kemahiran asas yang lengkap dalam bidang pertanian, sifat kerajinan dan ketekunan semasa bekerja , mempunyai kekuatan tenaga yang sesuai dalam sektor pertanian dan struktur tangga gaji yang rendah. Namun yang paling utama adalah bergantung kepada proses pengambilan tenaga kerja asing dan kos terlibat. Kemahiran dan pengetahuan dalam kajian terhadap bangsa juga penting dan merupakan faktor asas dalam pemilihan tenaga kerja yang tepat. Sebagai usahawantani komersial, kita perlu mendapatkan maklumat mengenai kajian bangsa terhadap masyarakat dan struktur sosial tenaga kerja terbabit serta kesesuaian mereka dengan persekitaran sosial di kawasan kita, sebelum membuat keputusan dalam pemilihan tenaga kerja sumber.
Tenaga kerja vs keluasan ladang
Jumlah tenaga kerja yang diperlukan mestilah bersesuaian dan berpadanan dengan keluasan ladang dan bidang tanaman kita. Bagi tanaman sayur-sayuran, jumlah tenaga kerja yang sesuai adalah seperti berikut:
Tanah Tinggi : 3 Orang per hektar (2.4 ekar)
Tanah Rendah : 2 Orang per hektar (2.4 ekar)
Namun, jumlah tenaga kerja yang diperlukan juga bergantung kepada faktor lain seperti jenis tanaman, pusingan tanaman, dan memenuhi skop kerja yang diwujudkan.
Kesilapan
Ramai dikalangan usahawantani yang tidak menyedari kesilapan kecil semasa pemilihan tenaga kerja sedangkan kesilapan ini mampu memberi kesan kerosakan yang besar samada dari segi kewangan ataupun masa. Seorang kenalan aku yang terlibat dalam pertanian dan mengusahakan ladang sayuran terpaksa menutup operasi ladang beliau kerana kealpaan beliau semasa mula-mula mengaji pekerja daripada negara Bangladesh. Tenaga kerja yang tidak mahir dalam pertanian dan bersikap malas menyebabkan aktiviti ladang sayuran beliau tidak beroperasi dengan maksimum dan akhirnya ditutup. Begitu juga masalah yang berlaku di ladang aku. Walaupun tidak mengalami masalah dari segi kemahiran tenaga mahir yang dipilih, pekerja indonesia di ladang ini juga menimbulkan sedikit masalah terutama dalam menjayakan matlamat operasi ladang sayuran ini dan seringkali gagal dalam sasaran pengeluaran ladang. Masalah ini mungkin berpunca daripada sikap aku sendiri sebagai majikan yang terlalu berlembut dan tidak tegas. Setelah memberikan beberapa kali peluang, aku terpaksa bertegas dan membuat keputusan untuk menggantikan mereka.
Dasar pecah dan perintah
Pada zaman pemerintahan British dulu, British mengamalkan dasar pecah dan perintah dimana maysarakat melayu diletakkan sebagai petani dan nelayan, masyarakat cina pula sebagai peniaga atau pelombong dan menduduki kawasan bandar manakala masyarakat india sebagai buruh di estet atau ladang. Aku melihat kepentingan dasar pecah dan perintah ini sebagai struktur asas pemerintahan british di Tanah Melayu dan begitu berkesan dalam mencapai matlamat dan tujuan mereka.
Dalam merencanakan kejayaan operasi sesuatu pengurusan sumber manusia dalam konteks majikan dan pekerja, aku percaya perlaksanaan dasar pecah dan perintah ini begitu penting terutama apabila kita berurusan dengan pekerja asing yang bekerja dengan kita. Pengalaman menguruskan pekerja-pekerja yang berasal dari Negara Indonesia yang bekerja di ladang ini sekarang banyak memberi pengalaman dan pemahaman baru kepada aku. Pada masa sekarang, seramai 5 pekerja berbangsa jawa yang berasal dari probolinggo,Surabaya, Indonesia. Namun apabila sekumpulan pekerja yang mempunyai hubungan dari segi bangsa ini ditempatkan bersama-sama dan diberikan bidang kerja yang sama, maka pelbagai masalah yang sukar untuk kita tanggani bakal terjadi.
Bagi mengatasi masalah ini, kini aku mula mengamalkan dasar pecah dan perintah di ladang sayuran ini. Pada peringkat permulaan, aku akan memberhentikan 4 orang pekerja sedia ada yang berasal dari jawa timur dan akan digantikan dengan 2 pekerja baru yang berasal dari jawa barat iaitu Lombok dan mengambil 2 lagi pekerja baru dari Bondowoso, Indonesia. Setiap pekerja pula akan diberikan bidang tugas yang berbeza mengikut identiti bangsa dan kemahiran mereka. Dengan cara ini, aku berkeyakinan penuh dalam penyelesaian masalah yang ditimbulkan mereka dan pengurusan sumber kepada mereka akan lebih teratur dan berkesan.
Wednesday, September 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
org lombok mmg sesuai bg ladang sayur, mereka mmg rajin. tp jgn kasi muka sgt begitu org jawa klu dia tgh buat kerja waktu rehat biarkan saja usah panggil rehat. Saya selalu perhati pekerja2 abg saya di kebun.DAN bila bro tulis mmg ini pekara fakta byk org kita tak tahu lagi....
Memang benar apa bro sampaikan, org lombok mmg tekun buat kerja di ladang sayur,tokeh cina suka org lombok kerja sayur.Jika mereka sedang berkerja pada waktu rehat biarkan saja.Biar dia berhenti sendiri tapi org kita suka sgt kesian kat mereka. Itu menyebabkan satu kegagalan dlm bab pengurusan.TQ byk info saya dpt.
terima kasih kerana sudi membaca blog ini. semua penulisan adalah pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman menguruskan ladang sayuran ini...
Pandangan encik telah memberikan banyak maklumat yang berguna kepada saya. Bolehkah encik terangkan sedikit berkenaan dengan risiko-risiko yang dihadapi dalam pengurusan ladang sayuran pada artikel yang seterusnya? Encik juga boleh berhubung dengan saya pada email: chunhung_1003@yahoo.com
Post a Comment