Saturday, August 30, 2008

Belanjawan Merdeka

Alhamdulillah, Negara kita sekali lagi menyambut Hari Kemerdekaan ke 51 pada tahun ini dalam keadaan aman walaupun berlaku sedikit kekeliruan dalam sosial politik tanah air. Peruntukan RM 5.6 bilion di bawah Dasar Jaminan Makanan Negara untuk insentif kepada petani seharusnya disambut dengan gembira oleh kita usahawantani.


Bajet 2009 (pelacuran bahasa)

Berikut adalah intipati Belanjawan 2009 bagi sektor pertanian:

• Peruntukan RM300 juta, yang mana RM180 juta adalah untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan manakala RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan.

• Elaun pelaburan semula sebanyak 60 peratus bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan bagi penternak ayam dan itik.

• Peruntukan RM475 juta bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah.

• Pemansuhan duti import bagi baja dan racun perosak.



Insentif

Pada penulisan lalu, aku ada menyentuh mengenai beberapa kelebihan dan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan kepada golongan yang terlibat dalam sektor pertanian. Elaun Pelaburan, Insentif cukai dan Bantuan yang disediakan begitu banyak namun sistem pelaksanaan yang kurang efektif menyebabkan golongan petani masih di takuk lama. Pada masa sekarang, yang paling utama dilaksanakan oleh kerajaan bukannya pengumuman atau pembentangan insentif baru kepada petani tetapi perlu kepada mengemaskini dan memperbaiki sistem pengagihan bantuan agar lebih berkesan dengan memastikan petani benar benar menerimanya. Golongan petani Cuma mengharapkan bantuan yang disalurkan diterima kerana insentif tersebut hanya untuk meringankan dan mengurangkan bebanan kenaikan kos pengeluaran.

Kegagalan agensi kerajaan dalam merealisasikan pengagihan bantuan atau insentif pertanian kepada golongan petani benar-benar mengecewakan. Contohnya, insentif pengeluaran hasil pertanian yang di umumkan pada bulan Mac lalu sehingga kini masih tidak dipraktikan. Insentif berbentuk tunai bagi setiap 1000 kg pengeluaran sayur-sayuran begitu praktikal dalam memotivasikan golongan petani agar meningkatkan pengeluaran hasil ladang mereka.

Sayuran Bedaun = RM 81 bagi setiap 1000 kg
Sayuran Buah = RM 78 bagi setiap 1000kg

Pengiraan ringkas berdasarkan rekod pengeluaran ladang sayuran aku bagi setiap bulan adalah seperti berikut:

Sayuran berdaun = 15000 kg x RM 81 = RM 1215.00
Sayuran buah = 3000 kg x RM 78 = RM 234.00

Dengan insentif tunai sebanyak RM 1449.00 sebulan, golongan usahawantani seperti aku mampu untuk merancang pengurusan yang lebih baik samada untuk mengurangkan bebanan peningkatan kos input pertanian ataupun menambah aset ladang melalui pembelian jentera berat bagi membantu aktiviti ladang dalam menghasilkan pengeluaran yang lebih tinggi.


Ramadhan

Di kesempatan ini, aku mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al Mubarak dan semoga ibadah puasa kita diterimaNya.

Merdeka Merdeka Merdeka

2 comments:

Anonymous said...

salam, Thaniah baru jumpa site terus baca2 dari dec07 hingga la ni..hebat...

zerocredit said...

terima kasih atas sokongan saudara. saya juga ingin menjemput saudara berkongsi pendapat dan pandangan di sini.