Monday, June 30, 2008

Program Bumi Hijau

Program bumi hijau

“Kempen ini menggalakkan amalan bercucuk tanam tanaman makanan berkonsepkan laman datau ‘edible landscape’, secara menanam tanaman bersesuaian dengan ruang sedia ada dan memenuhi keperluan keluarga. Ia menekankan konsep pengeluaran makanan untuk kegunaan sendiri sahaja” – Kementerian



Memaksimumkan Pengeluaran

Memaksimumkan pendapatan dalam bidang pertanian memerlukan perancangan yang teliti. Kebanyakan usahawan tani alpa bahawasa pendapatan yang harus
ditumpukan adalah pendapatan bersih bukannya pendapatan kasar yang masih
meliputi semua kos pengeluaran. Pendapatan bersih boleh ditingkatkan melalui pelan pemasaran yang meliputi harga jualan yang baik dan melalui peningkatan hasil pertanian melalui penjimatan kos pengeluaran.

Pengalaman dalam bidang pertanian selama beberapa bulan mengajar aku mengenai kepentingan dalam membuat perancangan penanaman agar keluaran dapat dipasarkan semasa permintaan tinggi ataupun memilih tanaman yang sentiasa memiliki permintaan yang tinggi. Aku bersyukur kerana sehingga sekarang, hasil pengeluaran daripada ladang sayur aku berjaya mengeluarkan satu-satu jenis tanaman pada masa yang 98% sesuai dengan permintaan pasaran walaupun tanpa perancangan rapi di peringkat awal. Namun, aku tidak akan alpa pada masa hadapan aku memfokuskan kepada perancangan yang teliti semasa tempoh penanaman mengikut edaran pasaran. Satu lagi perkara penting yang perlu dititikberatkan adalah kemahiran memilih jenis tanaman terbaik sesuai dengan keadaan persekitaran dan kualiti tanah. Setelah beberapa pusingan pengeluaran di keseluruhan kawasan yang diusahakan, aku melihat beberapa permasalahan terutama berkaitan kualiti tanah dan kesesuaian tanaman. Pada pandangan aku, 60% kawasan tanah di ladang aku menghampiri 90% kesesuaian untuk tanaman sayuran berbuah berbanding sayuran berdaun. Ini dibuktikan dengan hasil pengeluaran Bendi, Kacang Panjang, Kacang Buncis dan Timun dimana tanaman ini telah menunjukkan hasil yang baik dari segi kesihatan tumbuhan dan kualiti buah yang di hasilkan. Berbanding Sayuran berdaun seperti sawi, bayam, kalian, kangkung, Pakchoy dan salad, tanaman ini hanya sesuai di tanam di kawasan 40% daripada keseluruhan keluasan 7 Ekar ini.

Perancangan aku untuk bulan-bulan mendatang adalah memfokuskan tanaman sayuran berbuah sebanyak 60% dan sayuran berdaun sebanyak 40% dimana tanaman Timun, Bendi, kacang Buncis dan Cili bagi sayuran berbuah dan Sawi, Bayam dan Kangkung untuk sayuran berdaun.



Insentif

Alhamdulillah, aku telah menghantar laporan rekod pengeluaran ladang sayur ini kepada pihak Jab Pertanian bagi menerima insentif daripada kerajaan bagi setiap tan hasil pengeluaran sayuran. Namun aku sedikit kecewa kerana sasaran pengeluaran untuk kawasan keseluruhan ladang sayur ini tidak tercapai. Matlamat pengeluaran sayuran berdaun sehingga 1000kg sehari tidak tercapai, ini mungkin kerana faktor tanah dan beberapa masalah teknikal yang aku bincangkan seperti penulisan sebelum ini. Namun aku masih berbangga kerana berjaya mempertahankan pengeluaran sayuran berdaun sehingga 500kg setiap hari dan aku percaya apabila sedikit perubahan perancangan yang aku aturkan untuk pengeluaran masa hadapan termasuklah pengeluaran sayuran berbuah, jumlah pengeluaran hasil sayur dari ladang ini mampu meningkat.



Blog / Laman Web Rakan

Aku mengambil kesempatan pada penulisan kali ini untuk mempromosikan blog dan laman web rakan lama dalam bidang perdagangan/pemborongan. Mungkin ada dikalangan pembaca blog ini berminat untuk melayari dan menambah maklumat berkaitan bidang yang mampu meraih pendapatan lumayan.

www.kursusborongchina.com

Milik saudara Jalil, 4 tahun lepas beliau yang membuka mata aku untuk mencuba bidang pemasaran melalui internet dan 2 tahun lepas sekali lagi beliau membuka mata aku dalam bidang perdagangan di Negara China. So, tak rugi kalau korang menimba ilmu dengan beliau. Nie antara rakan2 aku yg aktif ulang alik ke china.

p/s: jalil..nie aku dah promote baik punya, lepas nie aku nak explore New Zealand untuk bidang pertanian...hihihihi...boleh tolong kot noooo?

No comments: