Friday, June 20, 2008

krisis

Krisis Harga

Sebagai petani, kita bersyukur kerana kita telah berada di landasan yang betul sekarang kerana bidang pengeluaran makanan ini merupakan satu sektor yang amat penting di mana sektor ini seiring dengan keperluan hidup manusia. Bagaimana kita mengolah pengurusan dan menjana keuntungan melalui sektor ini yang menentukan tempoh masa kita bertahan di dalam bidang pertanian. Baru baru ini, rungutan daripada pelbagai pihak mengenai kenaikkan mendadak harga pasaran sayur-sayuran terutama sayuran daripada Cameron hingland, Pahang. Berdasarkan pengalaman aku yang baru 6 bulan dalam bidang tanaman sayuran ini, permasalahan utama yang menyebabkan kenaikan harga sayuran adalah kerana manipulasi harga yang di kawal oleh orang tengah. Daripada penulisan awal aku, aku banyak menekankan mengenai kepentingan untuk mengelakkan peluang kewujudan orang tengah sebagai agen pemasaran bagi hasil pengeluaran petani. Aku sendiri berusaha untuk menghindarinya namun kesannya terlalu kecil dalam mempengaruhi keadaan semasa, berkemungkinan kerana tiada kesepakatan dikalangan petani sendiri.

Walaupun peningkatan yang ketara dalam kos pengeluaran pertanian akibat daripada peningkatan harga minyak seterusnya peningkatan mendadak input pertanian lain, itu bukanlan alasan untuk meletakkan harga yang tinggi bagi setiap hasil pengeluaran. Aku percaya, petani sendiri tidak menerima keuntungan daripada kenaikan harga sayur-sayuran kerana pemborong masih membeli pada harga yang jauh lebih murah. Sebagai contoh, Kos pengeluaran secara kasar bagi 1 kg sawi putih ialah RM 0.40 ke RM 0.50 dan pemborong membayar pada harga RM 0.80 ke RM 0.90 per kg kepada petani tetapi mereka memasarkan pada harga RM 1.80 ke RM 2.50 per kg kepada penjual seterusnya harga yang perlu dibayar oleh isirumah ialah RM 3 ke RM 4 per kg. (wallauweh….aku pon tak sabar nak launching pusat borong sayur aku...huhu)

Masalah ini tidak akan selesai selagi petani sendiri menggunakan khidmat pemborong dalam memasarkan hasil pertanian mereka. Secara terus terang, aku berkongsi maklumat mengenai keuntungan yang mampu di jana di ladang sayuran aku bagi 1 kg sawi. Aku meletakkan harga yang tetap bagi sayur sawi ini dan memasarkan sendiri kepada peniaga tanpa menggunakan khidmat pemborong atau orang tengah. Purata kos pengeluaran bagi 1 kg sawi di ladang sayuran aku ialah RM 0.40 dan aku menjual pada harga RM 1.50 tanpa menghiraukan keadaan turun naik bagi pasaran sayuran. (tetapi pernah juga aku follow harga pasaran sehingga mencecah RM 2.20 per kg). Aku cuma mengeluarkan perbelanjaan tambahan bagi kos pengangkutan sebanyak RM 600 sebulan dan pengeluaran boleh dipasarkan terus kepada peniaga pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga di pasar borong dan menerima peningkatan keuntungan yang jauh lebih baik. Ayuh petani-petani, kita berusaha sendiri memasarkan hasil pengeluaran ladang kita dan mulakan langkah kita mengawal dan membendung hasil titik peluh kita dieksploitasi.




Krisis Minda

Alhamdulillah, setelah hampir sebulan berusaha mendapatkan permit pekerja asing melalui company aku sendiri, akhirnya aku mendapat kelulusan untuk mendapatkan pekerja asing seramai 6 org. Rancangan aku adalah meletakkan 2 orang pekerja tu di landang sayur cousin aku di Bukit Merah, Perak dan baki 4 orang akan di letakkan di ladang sayur di kedah. Pengalaman mendapatkan kelulusan permit dengan sendiri dan berurusan dengan beberapa agensi kerajaan membuatkan aku lebih faham untuk “berkomunika$i” dengan mereka selepas ini. Berurusan dengan pelbagai kerenah pegawai yang mempunyai agen-agen lantikan mereka sendiri memang sukar. Mereka seboleh mungkin membuat agar kita datang kali kedua sebelum permohonan kita diluluskan. Mungkin selepas ini aku boleh berkongsi pengalaman ini dengan rakan-rakan yang nak menguruskan sendiri pengambilan pekerja asing.

Tidak lupa ucapan jutaan terima kasih kepada kakitangan Jabatan Pertanian Jitra terutama En Roslin yang sabar melayan kerenah aku walaupun berurusan melalu telefon. Kali ini, aku merancang untuk pergi sendiri ke Indonesia bagi mendapatkan pekerja yang betul – betul mahir dalam bidang tanaman sayuran terutama dalam merawat tanaman dan mencambah benih. Perkenalan melalui seorang rakan (agen pekerja asing tempatan) meyakinkan aku untuk ke Surabaya, Indonesia bagi mendapatkan calon pekerja lepasan sekolah pertanian di sana.

Masalah yang di timbulkan oleh pekerja-pekerja Indonesia kat ladang aku nie sampai sekarang tak selesai. Lepas satu masalah ke masalah lain. Tapi ok juga la kan, so lepas nie aku lebih berpengalaman untuk menguruskan pekerja dalam bidang nie. Seterusnya banyak juga ilmu yang aku pelajari semasa melayan kerenah diorang dan kalau rezeki bertambah nanti dan berpeluang meluaskan kawasan ladang, aku dah tahu caranya yang lebih praktikal dalam menguruskan sesebuah ladang sayuran..kadang kadang aku kagum juga la, diorang nie punya cara nak tunjuk protest tu mcm-mcm. hahhah….daripada biji benih sampai ke pokok sayur diorang boleh “send notice” kat taukey ladang. Banyak..kalau nak cerita tak habis la…takpe takpe…biar aku je yg belajar nak solve masalah – masalah dan taktik diorang nie…nanti aku kongsikan bersama..



Tawaran

Petang tadi, aku berjumpa dengan seorang kakitangan sebuah syarikat pemilikan melayu yang syarikat mereka baru melonjak nama dalam bidang pemasaran minuman kopi ekstrak Tongkat Ali. Mereka mempelawa untuk aku menceburi tanaman pegaga secara kontrak farming. Kebetulan, ladang sayuran aku sekarang berada di sebelah pusat ternakan ayam secara organik milik mereka. Daripada perbincangan awal, aku kurang berminat dengan tawaran itu kecuali mereka memberi persetujuan untuk aku menyewa tanah milik mereka bagi mengusahakan tanaman pegaga tersebut. Jaminan belian balik oleh pihak tersebut dengan nilai RM 3 per kg juga kurang menarik berbanding nilai sebenar pasaran bagi tanaman pegaga dan yang pasti, tanaman pegaga juga kurang sesuai untuk di tanam di kawasan ladang sayuran ini. Namun bukan sikap aku untuk tidak mencuba peluang ini, insyaallah aku akan mencuba menanam pegaga ini di beberapa batas bagi mengira kos sebenar pengeluaran per kg dan keputusan muktamad samada mengambil peluang ini secara keseluruhan akan di buat berpandukan maklumat yang diperolehi nanti.

2 comments:

Zool Blogger said...

Tumpang lalu.. Saya baru berjinak-jinak untuk menghasilkan baja vermikompos....
Sila lawat blog saya

http://ligakampung.com/blog

Anonymous said...

Tu la pasai, harga input la ni mahai sangat. Harga ni semua confirm tak turun dah bila dah naik