Keadaan ekonomi di Malaysia sekarang sukar diramalkan memandangkan terdapat pendapat mengatakan kita sekarang berada dalam satu zon inflasi melampau dimana satu keadaan inflasi yang secara keseluruhannya gagal dikawal oleh kerajaan. Teori ekonomi mengatakan kadar inflasi yang tinggi akan meningkatkan kos hidup rakyat dan ini akan mengurangkan taraf hidup mereka.,
Umum mengetahui, Pada masa sekarang kementerian kewangan sedang sibuk menyiapkan belanjawan 2009. Aku berpendapat, pada belanjawan kali ini, pelbagai cukai akan ditingkatkan sepertimana Kerajaan juga telah mengumumkan langkah bagi mengawal inflasi dengan mengurangkan perbelanjaaan. Adakah ini petanda menunjukan yang kerajaan telah kekurangan aliran tunai.? Aku sedikit keliru mengapa kerajaan memilih untuk melaksanakan dasar fiskal berbanding dasar monetari. Arahan bagi mengawal perbelanjaan ini mungkin menyebabkan aktiviti jual beli berkurangan seterusnya, memberi kesan kepada syarikat-syarikat kecil yang terpaksa beroperasi dengan menangung peningkatan kos sedangkan skala perniagaan mereka telah di kecilkan.
Pada pandangan aku, ekonomi sekarang seakan berada dalam satu keadaan yang menuju anti klimaks dimana kita sedang melangkah kearah fasa deflasi. Kecenderungan peningkatan barangan pengguna secara berterusan kesan daripada kenaikan harga minyak, maka kita telah tiba di satu fasa dimana bakal berlakunya peningkatan pengangguran. Kerajaan mempunyai pilihan untuk menjalankan dasar kewangan yang ketat (dasar monetari) untuk mengurangkan pertumbuhan penawaran wang di pasaran melalui meningkatkan kadar faedah bagi mengalakkan tabungan. Namun aku sedikit kehairanan kerana Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengeluarkan pandangan mengatakan tidak perlu dasar monetari buat masa kini dan menolak cadangan kemungkinan meningkatkan kadar faedah. Aku melihat pandangan dan keputusan beliau adalah lebih tepat memandangkan beliau adalah gabenor bank negara.
Pertanian.
Antara langkah yang masih aku ingat dalam galakan kerajaan bagi membendung inflasi ini ialah dengan meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan. Agensi-agensi kerajaan harus memulakan peranan mereka dari sekarang. Sebagai petani, kita harus memandang permasalahan ini sebagai satu peluang walaupun terpaksa menangung peningkatan kos pengeluaran rentetan daripada kenaikan harga minyak. Dalam keadaan inflasi yang tinggi sekarang, sebagai petani kita seharusnya bijak dalam memaksimumkan pengeluaran seiring dengan peningkatan kos. Antara yang perlu dititikberatkan oleh kita adalah dalam soal pemberian hutang kepada pelanggan. Bagi mereka yang berhutang dan yang memberi hutang, agihan semula pendapatan juga akan berlaku. Bagi yang berhutang, mereka beruntung kerana nilai benar wang bayaran hutang yang dijelaskan sudah menurun berbanding keadaan sebelumnya. Yang memberi hutang pula akan rugi kerana nilai benar bayaran hutang yang diterima menjadi rendah daripada keadaan sebelum ini. Namun kita harus lebih bersedia untuk menerima kemungkinan kenaikkan pelbagai kos pertanian dalam beberapa minggu akan datang seperti baja, racun, benih dan peralatan berasaskan plastik ekoran pengumuman kenaikan harga minyak baru baru ini.
Rentetan Kenaikan Harga Minyak
Hartal adalah salah satu bentuk “civil disobedient” yang dilakukan untuk menuntut sesuatu perkara ataupun membantah sesuatu perkara. Ia adalah satu tindakan untuk menuntut kerajaan, pemerintah ataupun penjajah untuk menukar sesuatu keputusan yang tidak popular ataupun menindas rakyat.
Hartal pernah dilakukan dahulu sebelum merdeka dimana semua lapisan masyarakat bersatu memboikot sebarang aktiviti/perniagaan/perdagangan/perkhidmatan di malaysia. kita boikot semua aktiviti berkaitan ekonomi di malaysia sehingga tuntutan rakyat diterima
Kesan yang bakal berlaku pada pandangan aku:
1. ekonomi malaysia lumpuh secara drastik.
2. memaksa campurtangan raja-raja melayu.
3. peralihan kuasa pemerintahan malaysia.
Sanggup kah kita melakukannya?
Tuesday, June 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment